Monday, June 22, 2009

Warkah Seorang Pejuang

Wahai Rakan2,
Sungguhpun isu Pejuang Perpaduan telah lama malap, namun serpih2 bahangnya masih lagi belum padam. Arakian, pernah sekali aku difitnah bahawa akulah Pejuang Perpaduan itu dan aku cuba meraih publisiti murahan dengan memuji diriku sendiri didalam email balas daripada Pejuang Perpaduan. Kata orang, fitnah itu lebih hina dan terkutuk daripada membunuh saudara seISlam sendiri.
Oleh itu, atas rasa tanggungjawab dan ingin membetulkan persepsi negatif yang kian tersebar, maka saya sematkan di dada blog ini Warkah yang saya kirimkan kepada Saudara Pejuang Perpaduan.
Tulus ikhlas saya katakan, jika benar didalam sanubari ini ada sekelumit perasaan bangga diri atau cuba untuk mencari publisiti semasa mengirimkan email balas kepada Pejuang Perpaduan,
wajarlah pada waktu tersebut, saya kirimkan email balas ini kepada semua bukannya hanya kepada Saudara Pejuang Perpaduan.
Email tersebut adalah seperti berikut:


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,



Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namanya, dan peliharalah hubungan (silatulrahim) kaum kerabat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu. (An-Nisa:1)


Diriwayatkan oleh Abu Ayub Al-Ansari dalam hadisnya yang
bermaksud:Rasulullah S.A.W bersabda kepadaku amal yang akan memasukkan aku ke
dalam syurga.
Maka
sabda Rasulullah S.A.W : Engkau beribadah kepada Allah S.W.T dan tidak
mensyirikkannya dengan sesuatu, mendirikan solat, membayar zakat dan
menghubungkan
persaudaraan.


Perumpamaan orang mukmin itu di dalam berkasih-sayang, cinta mencintai dan berlemah lembut di kalangan mereka itu adalah seperti jasad yang satu, apabila satu anggota sakit, seluruh anggota akan merasa sakit.


Mengikut perspektif Islam perpaduan terjalin melalui dua ikatan iaitu:
Pertama: Perpaduan sesama anggota masyarakat
Kedua: Perpaduan antara kaum muslimin.(Diambil daripada teks Khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, 27 Mac 2007)


Behold, how good and pleasant it is for brethren to dwell together in unity( Bible, Psalm)


When bad men combine, the good must associate; else they will fall, one by one, an unpitied sacrifice in a contemptible struggle.( Edward Burke)


Saudara/Saudari Pejuang Perpaduan,


Izinkan saya melontarkan pendapat saya perihal apa yang
saudara/saudari(selepas ini akan menggunakan saudara) Pejuang Perpaduan cuba
ketengahkan melalui emel saudara dibawah. Nama diberi M. Azrul Akmal
Saharudin.
Pertama-tamanya, saya kagum dengan keberanian
saudara meluahkan apa yang terpendam dihati berkaitan isu KULN dan saudara
nampak nekad sekali cuba menggagalkan penubuhan Kelab Umno Luar Negara Penn
State.
Namun begitu, saya ingin jelaskan bahawa
saya tidak sekali-kalipun berpihak kepada saudara kerana ia jelas terbukti
melalui emel yang dikirim saudara bahawa, apa yang cuba disampaikan oleh
saudara hanyalah retorik dan persepsi saudara
semata-mata.
Seperti yang kita sedia maklum,
pendapat tidak ada salah dan betul. Pendapat hanyalah pendapat dan saya
menghormati pendapat saudara, namun begitu saudara cuba mengetengahkan pendapat
saudara dengan mengirim emel hasutan secara surat layang yang jelas menunjukkan
bahawa saudara
ingin mempengaruhi orang lain.
Sebelum itu, saya ingin perjelaskan kepada saudara, berdasarkan Surah An-Nisa
ayat 1, Allah s.w.t memerintahkan kita supaya memelihara hubungan antara kaum
kerabat(rujuk diatas), persoalannya kenapa Allah merujuk kepada kaum kerabat
bukannya kepada semua manusia
secara umum, ini kerana, hubungan yang baik sesama manusia wujud daripada
silaturrahim yang asas contohnya hubungan antara keluarga. Umum kita lihat,
seseorang yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang baik, juga akan mempunyai
hubungan kemasyarakatan yang baik
Jadi, berbalik kepada firman Allah tersebut, Allah s.w.t menyebut kaum
kerabat yakni sesama kaum keluarga atau sanak saudara atau masyarakat dan jika diaplikasikan dalam konteks
masyarakat Malaysia, kaum merujuk kepada bangsa iaitu tiga bangsa majoriti:
Melayu, Cina, dan India,
Oleh itu jelas ayat itu menunjukkan
bahawa mewujudkan perpaduan sesama kaum itu adalah perintah daripada Allah
s.w.t dan tidak ada salahnya kita berpersatuan atau berparti dengan asas
perpaduan Nasional(kebangsaan).
Kedua,
secara logik dan kasar, apa yang saudara ilhamkan iaitu Kelab Pencinta Politik
untuk menggantikan KULN nampak rasional. Namun begitu saudara perlulah sedar
bahawa dasar pembentukan KULN bukanlah hanya
sekadar
omong-omongan ataupun "perbincangan di
kedai kopi", tetapi ia mempunyai visi dan misinya yang tersendiri. Matlamat
utamanya adalah untuk mewujudkan perpaduan Nasional dan memperjelaskan visi dan
misi kerajaan yang saya yakin, para pelajar kurang peka dan kurang mengambil
tahu tentang hal ini.
Kita sering lihat, pihak
pembangkang sering mewujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan. Mereka
menggunakan segala medium yang tercapai dek akal fikiran mereka menabur fitnah
dan tuduhan melulu terhadap kerajaan.
Mereka menggunakan Dewan Rakyat untuk melemparkan tohmahan dan fitnah
terhadap para pemimpin negara. Dengan akal fikiran saya yang saya akui cetek
ini, terang tanpa bersuluh, apa yang mereka lakukan adalah amat salah disisi
agama
Dalam Islam, setiap tuduhan mestilah
disertakan dengan bukti yang kukuh. Sebagai contoh, untuk mensabitkan seseorang
dengan tuduhan zina, empat orang saksi yang adil diperlukan dan saksi-saksi ini
mestilah melihat perbuatan zina itu dengan jelas
tanpa ada percanggahan pembuktian antara saksi. Begitu sekali Islam
menitik beratkan tuduhan dan pembuktian terhadap orang lain. Namun begitu,
senario politik di negara kita dihujani dengan fitnah contohnya tuduhan
membunuh Altantuya kepada Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun A. Razak. Dimanakah bukti tersebut? Jika
tiada bukti atau tidak berkeupayaan menyediakan bukti, bolehkah kita menuduh
orang lain sebegitu rupa? Itu fitnah namanya dan ia lebih dikeji Allah daripada
membunuh saudara sesama Mukmin.
Oleh itu, disebabkan peningkatan
penyebaran persepsi(pandangan tanpa bukti) negatif terhadap kerajaan kepada
para pelajar, maka amat wajar sekali penubuhan KULN yang seperti saya katakan
sebelum ini untuk membetulkan persepsi negatif terhadap
kerajaan.
Ketiga, saudara mengungkap tentang kesan
psikologi terhadap para pelajar dengan tertubuhnya KULN kerana, pada pendapat
saudara penubuhan Kelab ini, ia akan menjarakkan perpaduan sesama kita kerana
kita di halang oleh tembok perbezaan pandangan politik. Saudara juga
membangkitkan tentang bagaimana pula
dengan mereka yang menyokong parti-parti lain dan mereka yang bukan
berbangsa Melayu? Mereka pasti merasa tersisih dan diketepikan. Mereka juga
mahu berpersatuan. Saudara, secara logiknya, saya berpendapat, pandangan
saudara itu ada rasionalnya.
Namun begitu, seperti yang saya katakan sebelum ini, KULN ada visi dan
misinya yang tersendiri. Secara umumnya, ia ditubuhkan untuk mewujudkan
perpaduan Nasional antara kalangan pelajar Penn State. Seperti kelab-kelab yang
lain, contohnya kelab tinju, ia ditubuhkan
untuk menarik dan melatih para pelajar yang berminat bertinju, atau kelab
melukis, ia mempunyai visi dan misinya tersendiri contohnya untuk mengasah
bakat melukis para pelajar. Darihal ini, samalah ia dengan KULN, Kelab ini
mempunyai misi dan visinya tersendiri dan
misi dan visi ini dibatasi dengan perlembagaan KULN. Seperti yang kita
sedia maklum, UMNO ditubuhkan untuk orang melayu, Perlembagaan Malaysia
mentafsirkan Melayu sebagai seorang yang berketurunan Melayu, bertutur dalam
bahasa Melayu,
mengamalkan adat istiadat orang
melayu dan yang paling penting sekali beragama Islam. Secara kolektifnya, UMNO
ditubuhkan untuk menyatukan orang Islam. Dan untuk kaum yang lain, MCA
ditubuhkan untuk menyatukan orang Cina, MIC untuk orang India dan
selebihnya
parti- parti komponen ditubuhkan untuk
bumiputra Sabah dan Sarawak dan seterusnya diadun secara sekali menjadi Barisan
Nasional dan akhirnya membentuk kerajaan perpaduan mentadbir negara Malaysia
yang kita cintai sehingga Malaysia
tidak lagi dikenali sebagai sebuah negara yang mundur malah kita harus
berbangga bahawa kita jika dibandingkan dengan negara-negara berbilang kaum
yang lain, kita hidup harmoni dan sejahtera. Saya juga ingin tekankan disini bahawa
penubuhan KULN
adalah titik tolak untuk penubuhan
kelab-kelab mewakili parti-parti politik lain dikalangan pelajar. Seperti yang
kita sedia maklum, AUKU sedang dikaji semula, Menteri yang bertanggungjawab
pernah menyatakan bahawa AUKU mungkin
dilonggarkan dan membenarkan para pelajar bergiat diarena politik secara
langsung tetapi tidaklah sehingga menjejaskan prestasi akademik mereka lantas
menyebabkan hala tuju sebenar mereka sebagai seorang
pelajar
di universiti terpesong.Oleh itu,
anggaplah KULN ini sebagai permulaan dan janganlah kita merasa tersisih dan
terhalang oleh fahaman politik yang melampau. Ingatlah bahawa, firman Allah
s.w.t ini adalah lebih penting untuk dititik beratkan daripada fahaman politik
yang melampau:




Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah(agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai. (Al-Imran: 103)


Keempat, tentang pandangan saudara terhadap isu
yang berlaku di Perak. Saudara menyatakan tentang pembelian wakil-wakil
rakyat(politik wang) untuk menghancurkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Seperti yang saudara
sedia maklum, runtuhnya kerajaan
Perak adalah kerana wakil rakyat daripada pembangkang sendiri. Dan seperti yang
saya telah keutarakan sebelum ini, untuk menuduh seseorang membuat sesuatu
kejahatan kita perlulah mempunyai bukti
yang kukuh. Jika tidak ia dinamakan sebagai fitnah. Janganlah kita
memfitnah sesama mukmin. Sebagai seorang Islam, adalah menjadi tugas saya untuk
menasihati saudara supaya menarik balik tuduhan tersebut. Malahan saudara telah
mengirimkan emel ini
kepada ramai orang. Oleh itu,
jadikanlah ini sempadan dan tekadlah bahawa kita tidak akan lagi membuat sebarang
tuduhan tanpa bukti kerana Allah menilai setiap apa yang kita kerjakan samaada
kita kerjakan secara sedar ataupun tidak.


Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namanya, dan peliharalah hubungan (silatulrahim) kaum kerabat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu. (An-Nisa:1)




Akhir sekali,ingin saya perjelaskan disini bahawa, tujuan saya menulis emel ini bukanlah untuk mempromosi Nasionalisme tetapi adalah untuk menerangkan betapa pentingnya kita perlu memupuk perpaduan Nasional. Saya sedar dan dengan ikhlas menyatakan bahawa semangat kesukuan ataupun assabiyah(Nasionalime) adalah dibenci Rasullullah. Kita juga dapat lihat keruntuhan kerajaan Islam terakhir, Kerajaan Turki Uthmaniyyah adalah disebabkan semangat nasionalisme yang tidak diasaskan dengan Islam. Namun begitu, bersyukurlah, nasionalisme yang ditanam kedalam jiwa setiap rakyat Malaysia adalah berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Nasionalisme yang diterap kedalam sanubari anak-anak watan Malaysia adalah berteraskan perpaduan nasional dan semangat cintakan negara seperti yang disarankan oleh agama Islam.
Kesimpulannya, janganlah kita berpecah kerana isu yang sekelumit ini. Jika kita tidak bersetuju, maka berhujahlah melalui medium yang betul dan janganlah kita mengikut emosi. Gunakanlah ilmu setiap kali kita membuka bicara kerana Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui setiap apa yang kita kerjakan. Saya akhiri emel ini dengan ucapan maaf jika ada saya tersalah kata dan terkasar bahasa atau secara tidak sengaja menyentuh peribadi saudara. Saya telah cuba dengan sedaya upaya saya menulis emel ini dengan bahasa yang menggambarkan peribadi seorang mukmin dan seorang pelajar universiti luar negara. Maaf.
Salam perpaduan.


Tulus Ikhlas,
Azrul


P.S: Ayat-ayat Al-Quran, Hadis dan "Quote" yang saya sertakan diatas adalah untuk rujukan kita bersama dan ia mempunyai kaitan dengan emel ini secara langsung dan secara tidak langsung

No comments: