Monday, June 22, 2009

~Suatu Pandangan~

Salam perpaduan,
Disini saya selitkan beberapa pnadangan yg saya lemparkan kepada dua blog iaitu Anwaribrahimblog/The Malaysian Insider(artikel: Laungan Nizar Menggegar Dewan Rakyat) dan Tukar Tiub(artikel: Bukan Satu Malaysia..Satu Dunia)


lurz alkmaar
Jun 15th, 2009 at 3:42 pm

Salam Perpaduan,
Tidak sepatutnya saudara2 sekalian berkata sedemikian. Ini bukan cara yg sewajarnya bg seorang rakyat Malaysia untuk menyampaikan pandangannya. Tan Sri speaker hnya menjalankan tugasnya dan bygkan jika pembangkang sewenang2nya dibenarkan berbuat sedemikian, maka ahli parlimen kerajaan pula boleh selepas ini memakai "headband" mengutuk pembangkang atau para pemimpin pembangkang.
Maka implikasinya di masa depan amat merugikan kita kerana parlimen kita tidak lagi menggambarkan sebuah parlimen yg bertaraf tinggi di mata dunia kerana kita membernarkan seatu perbuatan yg tidak sesuai di praktikkan semasa persidangan dewan rakyat.
Janganlah kerana fahaman politik kita yg keterlaluan menyebabkan kita membenarkan apa yg tidak wajar, dan menidakkan apa yg perlu.
Sekian.
Tulus ikhlas,
Azrul
Lurz Alkmaar Reply:
June 16th, 2009 at 8:22 am
Salam perpaduan,
Tiada sekelumitpun di dada saya penyanjungan terhadap amalan rasuah. Tiada musnah akan diri saya, jika menjadi seorang pro-pembangkang, namun, atas sebab tanggungjawab dan belas kasihan terhadap anak-anak bangsa, adik2, abang2, kakak2, pak cik2 tua, wajarlah saya kehadapan dan lontarkan nasihat dan pedoman terhadap kalian. Tiada sekalipun saya berselindung dengan niat yang salah disisi agama dan tiada akan sekali2 saya menyokong kebatilan.
Rakan2, senario politik negara kita yg tercinta ini sudah tercemar dgn fitnah yg berleluasa. Kalian mengatakan ttg rasuah dgn melulu terhadap seseorang, persoalannya, adakah agama kita membenarkan kalian berbuat demikian? Ingatlah, dalam Islam, setiap tuduhan mestilah disertakan dgn bukti yg kukuh. Tiada sekali akan digelar benar disisi ISlam jika kita menuduh dgn melulu.Ia digelar Fitnah dan fitnah itu amat dikeji oleh Allah S.W.T. Maafkan saya jika kenyataan ini terlalu perit untuk diterima kalian, namun, ambillah agama sebagai jalan bukannya pandagan politik yg keterlaluan. Peliharalah perpaduan yg sedia ada di negara ini.
Tulus ikhlas,
Azrul
Lurz alkmaar Jun 17th, 2009 at 1:19 am

Salam perpaduan,
Maafkan saya jika pendapat saya dianggap keterlaluan oleh saudara2 sekalian. Bukanlah tujuan saya untuk menyakiti hati kalian dan tidak sesekali jiwa ini ada perasaan untuk menunjuk pandai. Cuma, sesekali terdetik di hati ini rasa tanggungjawab dan kasihan terhadap anak2 watan yang akan mewarnakan masa depan negara kita yang tercinta ini.
Rakan2 sekalian,
Perbaikilah cara kita menyampaikan pandangan. Bersopanlah dan gunakanlah bahasa yg melmbangkan kita ini seorang yg ada kredibiliti untuk menyampaikan pandangan. Tunjukkanlah kepada dunia yang penyokong pembangkang di negara ini berada di pihak yg benar dgn menggunakan bahasa yg elok semasa memberi pandangan dan jauhkanlah diri kita drpd bahsa2 kesat dan caci maki. Dan janganlah sekali2 kita menyatakan pandangan orang lain itu sebagai salah, kerana pandangan itu hanyalah pandangan dan ia tidak mempunyai salah dan betul. Hanya Al-Quran dan Hadis itulah yg boleh mengatakan sesuatu pandangan itu salah dan betul. Jika kita sorot kembali perilaku Imam Shafie', beliau tidak pernah mengatakan Mazhab(pandagan Ulama Muktabar Fiqh) yg lain sebagai salah dan beliau juga tidak pernah memaksa pelajr2nya mengikut pandangan beliau. Oleh itu, jdkanlah Imam Shafie' sebagai teladan dan berhujahlah dgn ilmu setiap kali membuka bicara bukannya dgn emosi dan tuduhan melulu terhadap seseorang.
Rakan2,
Isu di Perak berlaku kerana kedegilan Speaker pada masa itu yg tidak mahu menerima hakikat bahawa dirinya sudah tersingkir. ISu tersebut tiada bezanya dgn apa yg berlaku di Dewan Rakyat baru2 ini. Kedegilan Wakil Rakyat PEmbangkang yg sepatutnya menggunakan pentas Dewan Rakyat dengan sebaik-baik untuk membela rakyat namun menyalahgunakannya dgn menimbulkan kontroversi yg jelas tiada kena mengena dgn kebajikan rakyat, telahpun menyebabkan mereka diperintahkan keluar. Malah insiden ini telah menyebabkan PArlimen negara kita dimalukan.
Janganlah kerana pendirian politik kita yg keterlaluan menyebabkan kita membenarkan apa yg tidak wajar dan menidakkan apa yg perlu.
Maaf sekali lagi jika pendapat saya ini mengguris hati saudara2 sekalian.
Tulus ikhlas,
Azrul
Comments to Tukar Tiub Blogspot

~lurzalkmaar~ berkata...
Salam Perpaduan,
Saudara,
Sebagai seorang umat Islam dan seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, izinkan saya menunaikan tanggungjawab saya terhadap saudara. Setelah sekian lama mengikuti Blog saudara ini, acapkali, hati saya bagaikan terkena sembilu kerna jelas sekali buah fikiran yang saudara lemparkan didalam blog saudara tidak menunjukkan peribadi saudara sebagai seorang yang berpelajaran dan seorang Muslim yang mengambil Islam sebagai cara hidup(ad-din). Kebanyakkan tulisan saudara menzahirkan kutukan dan fitnah terhadap orang lain dan ini adalah dilarang sama sekali oleh agama Islam.
Saudara,
Islam amat menitik beratkan keadilan dalam semua aspek. Dari segi perundangan, Islam telah menggariskan bahawa setiap pertuduahn terhadap orang lain perlu disertakan dengan bukti yang kukuh. Sebagai contoh, untuk menuduh seseorang itu melakukan perbuatan zina, 4 orang saksi yang adil diperlukan dan saksi-saksi ini perlu melihat perbuatan zina itu dengan jelas tanpa ada percanggahan pembuktian sesama mereka. Dari segi logiknya, umum akan melihat perkara ini sebagai tidak masuk akal kerana pada zaman moden ini, sukar untuk kita untuk mempraktikkannya cuma ingatlah bahawa kehidupan kita bukan sekadar di dunia sahaja, di akhirat itu adalah selamanya. Saya harap saudara faham apa ynag cuba saya sampaikan.
Oleh itu, saya berharap, kita janganlah lagi menabur fitnah terutama terhadap para pemimpin. Jika kita memang mempunyai bukti ynag kukuh maka gunakanlah jalan yang betul dan perlihatkanlah kepada dunia yang kita adalah seorang Mukmin yang sejati.
InsyaAllah.
Terima kasih

lurzalkmaar@yahoo.com
2009 Mei 12 04:10





~lurzalkmaar~ berkata...
Salam Perpaduan Saudara Tanpa Nama,
Disusun sepuluh jari simbolik pohon maaf dari saya. Maafkan saya jika ulasan saya menyinggung hati saudara. Saya hanya menjalankan tugas saya menasihatkan saudara Hishamuddin Rais diatas buah-fikiran2 yang dilemparkannya ke dalam blog ini. Umum tahu, saudara Hishammuddin Rais seorang Islam, oleh itu saya menggunakan pendekatan Islam untuk menasihatkan beliau. Untuk pengetahuan saudara, Islam mengajar umatnya untuk menggunakan pendekatan berhikmah setiap kali berdakwah kepada org lain. Islam juga menekankan prinsip keadilan untuk semua tanpa dibatasi jurang agama, fahaman politik dan bangsa. Sementelahan itu, menabur fitnah yakni melakukan pendakwaan tanpa bukti yang kukuh adalah satu perbuatan yang amat dikutuk dalam Islam malahan ia dianggap lebih teruk dari membunuh saudara sesama Muslim. Jadi atas tanggungjawab itu, saya perlu perjelaskan kepada saudara Hisham.
Saudara,
Untuk pengetahuan saudara, saya merupakan seorang pelajar tajaan Kerajaan Malaysia ke USA. Namun begitu, atas perasaan kasih dan cintakan negara tanah tumpah kita, saya mengikuti perkembangan politik negara melalui medium internet. Untuk berlaku adil, saya mengikuti laporan politik drpd media arus perdana dan media alternatif. Saya juga mengikuti tulisan blog daripada wakil rakyat pembangkang, bebas dan kerajaan. Segala pendapat yang saya lemparkan adalah berasaskan ilmu dan pemerhatian secara intensif terhadap senario politik negara.
Saudara,
Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur. Ini kerana, didalam permerhatian saya selama saya berada di Bumi Hujan Emas(USA) ini, acapkali jelas kelihatan penindasan dan ketidakadilan berlaku terhadap rakyat. Sebagai contoh, di negara ini, setiap rakyat perlu ada perlindungan insurans untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Ini kerana, dasar kapitalisme ini menyebabkan kos rawatan menjadi teramat tinggi dan leceh. Bayangkan, kos untuk mencabut gigi di sini adalah kira-kira RM2000(USD 600). Dianggarkan, 40 juta rakyat negara ini tidak mempunyai perlindungan insurans. Pinjamkan saya seminit, kemudian bandingkanlah dengan kos perubatan di Malaysia. Bersyukurlah kita kepada Yang Menciptakan kita walau apapun agama yang kita anuti diatas nikmat kurnianya terhadap negara malaysia.
Saudara, banyak lagi yang boleh saya garapkan berkaitan sistem di USA, Mesir dan UK untuk saudara. Cuma, ia akan mengambil seberapa lama. Mungkin jika saudara sudi, saudara boleh mengirimkan email kepada saya berkaitan hal ini.
Sekian terima kasih

lurzalkmaar@yahoo.com
2009 Mei 12 16:06





~lurzalkmaar~ berkata...
Salam Perpaduan Saudara Tayar Pancit,
Saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana adanya kewujudan insan seperti saudara yang secara berhemahnya menjawab ulasan saya. Rasullullah S.A.W pernah bersabda:
"Sesiapa yang keluar dari ketaatan (menentang ketaatan) dan bermufarakah (keluar) daripada jemaah (kumpulan ramai yang dia sertainya) maka jika matinya mati dalam kategori jahiliah." Bukhari.

Dan didalam Surah An-Nisa, Allah berfirman
Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namanya, dan peliharalah hubungan (silatulrahim) kaum kerabat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.? ? (An-Nisa?:1)
Berdasarkan hadis dan firman Allah tersebut, jelas menunjukkan Islam menyuruh kita untuk taat kepada pemimpin dan tidak menjauhkan(lari) diri kita daripada majoroti.Daripada firman Allah itu pula, Allah memerintahkan hambaNya untuk menjaga hubungan silaturrahim sesama sanak saudara. Persoalannya, mengapa Allah secara spesifik, didalam firman tersebut,menyebut "sesama kaum kerabat" bukannya sesama manusia secara umum. Ini kerana, perpaduan itu wujud bermula daripada unit yang asas contohnya sesama keluarga seterusnya sesama anggota masyarakat kemudian sesama bangsa dan berlangsung kepada perpaduan sesama agama dan akhirnya wujud perpaduan sesama manusia. Itulah hikmahnya. Umum kita lihat, seseorang yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang baik, akan mempunyai hubungan kemasyarakatan yang baik. Oleh itu, perjuangan parti berasaskan kebangsaan contohnya UMNO yang memperjuangkan nasib orang Melayu tidak ada salahnya malahan ia adalah bertepatan dengan saranan agama Islam. Bahkan, UMNO memperjuangkan bangsa melayu yang ditafsirkan didalam Perlembagaan sebagai orang yang fasih berbahasa melayu, mengamalkan cara hidup dan adat istiadat orang melayu, berketurunan melayu dan yang paling penting sekali beragama Islam. Secara kolektifnya, perjuangan mempertahankan bangsa melayu adalah perjuangan mempertahankan agama Islam. Apa yang saya nyatakan disini bukanlah bermaksud saya ingin mempertahankan atau mengagung-agungkan UMNO. Tetapi ia hanyalah reflek untuk kenyataan saya diatas dimana kita perlulah bersatu dibawah jemaah Islam yang mempunyai majoriti(membentuk kerajaan) buat masa ini. Jika esok lusa kerajaan berubah, dan perjuangan ISlam masih lagi menjadi teras, maka kita berpadulah kita dibawah panji tersebut. Cuma, buat masa ini, sokonglah apa yang cuba kerajaan cuba lakukan untuk rakyat. Kritiklah kerajaan dengan berhemah dan secara professional(check and balance) bukan dengan menimbulkan fitnah dan persepsi buruk terhadap pemimpin. Tidak ada gunanya kita berpecah dek kerana fahaman politik yang melampau. Firman Allah ini lebih baik dititikberatkan daripada terlalu radikal dengan parti politik masing2:

"Hendaklah kamu semua berpegang teguh dengan tali-tali Allah (syariat Allah / agama Islam / Al Quran dan Sunnah) dan janganlah kamu semua berpecah-belah (Iaitu berpecah-belah dari beriman dan dari syariat-Nya) . " (Ali Imran : 103)

Berkaitan isteri perdana menteri dan pemimpin2 lain yang tidak memakai tudung, jadikanlah ia sebagai teladan dan sempadan. Jika kita ada kesempatan menasihatkan mereka, maka gunakanlah jalan yang berhikmah sepertimana Rasullulah berdakwah kerana sepertimana yang kita sedia maklum hidayah itu adalah milik Allah dan hanya Allah sahaja ynag berhak mengurniakannya. Kita sama-samalah berdoa kehadratNYa agar dibukakan pintu hati mereka untuk menerima hijab/tudung sebagai cara hidup mereka. Cuma, jangan kerana isu yang sekelumit itu, kita berpecah dan menjauhkan diri kita daripada jemaah. Ingatlah, pada suatu masa dahulu Islam pernah memerintah sepertiga dunia.Moga Allah memberi kemenangan kepada kita. InsyaAllah.
Sekian, terima kasih

Tulus Ikhlas
LurzAlkmaar
2009 Mei 14 10:47

No comments: