Thursday, August 6, 2009

Demonstrasi Jalanan Vs. Musyawarah

Demonstrasi jalanan Vs. Musyawarah




 

Menyorot semula detik-detik pengistiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu(kini Malaysia) pada 31 Ogos 1957, berdiri megah sebuah sosok berdarah Raja dipentas agung disaksikan seantero dunia , lantas memekik lantang "Merdeka!, Merdeka!, Merdeka!" sambil disahut oleh jiwa-jiwa bangga yang bersyukur bahawa tanah air yang dicintai mereka ini sudahpun berdaulat dan boleh ditadbir mengikut acuan mereka sendiri. Pelbagai onak ranjau dan liku-liku getir telah mereka lalui dan sejarah telah mempatrikan, berjayanya para pejuang kemerdekaan menuntut kemerdekaan adalah hasil persetujuan daripada rundingan meja bulat(musyawarah) tanpa ada setitikpun pertumpahan darah yang berlaku.


Namun begitu, 12 tahun kemudian, pada 13 Mei 1969, berlakunya satu tragedi yang meragut ratusan nyawa dan ini berlaku kerana terdapatnya pergeseran antara kaum timbul hasil daripada demonstrasi jalanan pada 10 mei 1969 yang dianjurkan oleh Parti Demoratik Rakyat(DAP) dan Gerakan untuk meraikan kemenangan besar mereka pada Pilihanraya tahun tersebut. Pada mulanya, mengikut sejarah, demonstrasi tersebut tidaklah sedikitpun melukakan hati orang Melayu namun dek kerana kebiadapan para peserta demonstrasi yang membawa penyapu simbolik menyapu keluar orang Melayu daripada Kuala Lumpur(pada waktu tersebut kaum Cina majoritinya tinggal di bandar besar) dan berarak dijalanan sambil mengibar bangga sepanduk-sepanduk yang mempatrikan kata-kata yang jelas menghiris hati orang Melayu, maka berlakulah pertumpahan darah pabila orang-orang Melayu pula membalas demonstrasi tersebut dengan demonstrasi yang lebih radikal pada 13 Mei 1969. Penyudahnya, dek kerana nafsu politik orang-orang atasan, ratusan nyawa orang-orang bawahan yang terlalu taksub dengan politik yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin mereka telah melayang.


Kita imbas pula Tragedi Sauk yang membabitkan Al-Maunah yang didakwa melarikan ratusan senjata daripada sebuah kem tentera dengan tujuan ingin menggulingkan Yang Dipertuan Agong lantas mengambil alih tampuk pemerintahan Malaysia. Apakah yang menyebabkan Al- Maunah secara umumnya dan Amin(Ketua Al-Maunah) tewas kepada Angkatan Tentera Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia yang mengendalikan kes tersebut? Mengikut catitan Leftenan Jeneral Zaini Mohamad Said,pegawai yang dipertanggungjawabkan menangani tragedi tersebut, Al-AMunah sedia berundur hasil daripada perbincangan dan rundingan yang dibuat antara beliau dan M. Amin. Terang tanpa bersuluhlah, musyawarahlah adalah kunci untuk perdamaian.


Sebagai pengakhiran, terdapat banyak lagi contoh-contoh yang boleh membuktikan bahawa demonstrasi jalanan adalah sesuatu yang dangkal dan merugikan rakyat Malaysia. Dimanapun kita berpihak, samaada dipihak kerajaan ataupun pembangkang, sedarlah menyokong demonstrasi jalanan adalah suatu tindakan yang harus dinilai semula. Bermusyawarahlah kerana Musyawarah itu disarankan oleh agama.

" Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu, kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakal kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya" [Ali-Imran : 159]

"Sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka" [Asy-Syuura : 38]

Tulus ikhlas,

LurzAlkmaar


 

Friday, July 10, 2009

[Bahagian 1] PPSMI: Suatu Pandangan

Salam Perpaduan,

Arakian tanggal 9 Julai 2009, sebuah wawasan negara yang jika dipacu dengan baik dan sempurna , jelas akan memberi kesan yang positif terhadap pembangunan modal insan dan mampu memperkukuhkan jati diri anak bangsa, diistiharkan sebagai suatu ketirisan pemerintahan pemimpin terdahulu dan seterusnya bakal menyembah bumi pada tahun 2012.

Persoalannya, mengapa?

Baru2 ini kita sering dengar tentang demonstrasi2 yang mendesak agar kerajaan memansuhkan Pembelajaran dan Pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris(PPSMI) yg diwar2kan sebagai punca bahasa yg menjadi tunjang Bangsa Malaysia, yakni Bahasa Melayu, tidak lagi berdaulat dan maruahnya dipalitkan dengan tahi. Namun begitu, fikirkan sejenak, adakah dengan memansuhkan PPSMI, kedaulatan bahasa Melayu akan terpelihara? Dulu kini dan selamanya, bahasa kita telahpun dicemari dengan penyerapan dan peminjaman daripada bahasa asing. Jika benar, kita ingin mendaulat Bahasa Melayu secara menyeluruh, seharusnya segala kata pinjam daripada bahasa2 asing juga perlu dimansuhkan barulah Bahasa Melayu itu boleh digolongkan dikalangan bahasa yang tulen dan berdaulat. Namun begitu, mengapa ia tidak menjadi suatu isu? Ini kerana penyerapan dan peminjaman daripada kosa kata bahasa asing itu adalah sesuatu yang positif. Ini kerana, dahulu, Bahasa Melayu tidak begitu berkembang. Hasil daripada penyerapan unsur2 bahasa asing ini, kita lihat, Bahasa Melayu itu semakin berkembang dan pelbagai kosa kata baru diwujudkan atas satu tujuan iaitu menzahirkan perpaduan melalui talian bahasa kerana jelas kosa-kata2 yang baru ini sering digunakan sama ada semasa komunikasi antara rakyat jelata ataupun didalam penulisan.

Namun kini, senarionya berbeza. Pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Melayu telah menyebabkan pelbagai istilah baru yang khusus menjurus kepada aplikasi ilmu sains dan matematik diwujudkan. Untuk pengetahuan para pembaca, didalam arena sains terdapat pelbagai istilah baru yang diwujudkan seiring dengan perkembangan ilmu sains itu. Kita ambil sebagai contoh, "Oxygen", terdapat puluhan kata cabang yang boleh dihasilkan berpunca daripada perkataan "Oxygen" seperti "Oxygenation", "Trioxide", "Dioxide", "Oxydification" dan lain-lain lagi. Bayangkan, di era di mana perkembangan ilmu sains itu bergerak amat pantas sekali dan penemuan2 baru berlaku setiap masa, dapatkah kita bergerak seiring dengan perkembangan ilmu sains dunia jika kita masih bergantung kepada terjemahan terma2 sains ke dalam bahasa Melayu. Jelas, kita akan ketinggalan dan tidak dapat bersaing dengan arus perkembangan ilmu sains dan matematik dunia jika kita mendidik pemikiran rakyat Malaysia khususnya para pelajar untuk bergantung kepada kepada terjemahan. Seterusnya, adakah matlamat menjalinkan perpaduan melalui bahasa akan tercapai dengan penyerapan Istilah2 sains dalam bahasa Inggeris kedalam bahasa Melayu? Lembutkanlah hati saudara2 sekalian, kemudian bandingkan antara perkataan "komunikasi" dan "Oxidasi" dari segi kekerapan penggunaan dan manfaat perkataan tersebut terhadap visi kerajaan iaitu menjalinkan perpaduan antara Bangsa Malaysia. Terang tanpa bersuluh, istilah sains yang diMelayukan sebagai contoh "Oxidasi' kurang digunakan secara umum semasa berkomunikasi kerana istilah tersebut terhad terhadap diskusi ataupun penulisan yang cenderung ke alam sains. Oleh itu, amat moleklah jika istilah2 sains tersebut tidak diMelayukan kerana matlamat mewujudkan perpaduan melalui medium bahasa tidak tercapai melaluinya dan sebenarnya ia secara tidak langsung memanfaatkan para pelajar di masa depan. Saya yakin jika PPSMI diteruskan, para pelajar yang bakal meneruskan pelajaran ke tempat yang lebih tinggi samaada didalam atau diluar negara akan menjadi lebih mudah untuk memahami pelajaran mereka khususnya di dalam bidang sains dan matematik kerana mereka tidak lagi perlu bergantung kepada terjemahan terma2 sains kedalam Bahasa Melayu seterusnya akan menyebabkan mereka menjadi lebih kompetitif lantas bergerak seiring dengan perkembangan ilmu dunia. Kesimpulannya, saya mengambil pendapat bahawa meneruskan PPSMI adalah sesuatu yang perlu demi pembangunan modal insan rakyat Malaysia dan ia bukanlah suatu usaha yang boleh memupuskan bahasa Melayu.

Langkah kerajaan baru2 ini memutuskan bakal memansuhkan PPSMI pada 2012 perlulah dinilai tanpa sebarang bias. Kerajaan memutuskan sedemikian setelah hasil kajian menunjukkan kualiti perjalanan PPSMI yang dijalankan sejak ia mula di kuatkuasakan tidak begitu memuaskan. Peratusan besar guru2 tidak menggunakan dgn sepenuhnya Bahasa Inggeris semasa sesi pengajaran dan pembelajaran(P&P) berlangsung. Tambahan pula ,kebanyakkan guru2 tidak mencapai tahap cemerlang didalam ujian kecekapan Bahasa Inggeris yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran.Ini adalah antara duri2 yang melukakan PPSMI sehingga menyebabkan ia bakal menemui ajalnya pada 2012 nanti. Jadi, adakah wajar bagi kita menyalahkan kerajaan semata-mata. Kita harus sedar, untuk menjayakan PPSMI, kerajaan telah memperuntukkan RM 5 Billion daripada Bajet negara dan pelbagai kursus untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan guru dijalankan. Dengan erti kata lain, kerajaan telahpun berusaha, namun Allah jualah yang menentukannya. Jadi, tepuk dada, tanya selera.

Untuk bahagian pertama "PPSMI: Suatu Pendapat" ini, pendapat saya dibina lebih menjuruskan kepada logik akal daripada memfaktakan ulasan saya dengan bersumberkan Al-Quran dan Hadis. InsyaAllah, pada bahgian kedua, saya akan cuba membina suatu hujah yang berpandukan Al-Quran dan Hadis dan selebihnya saya merujuk kepada tulisan2 dan pandangan2 para cendekiawan serta para pemimpin. Sebagai pengakhiran, tekadlah bahawa kita akan memelihara perpaduan yang telah sekian lama terjalin antara rakyat Malaysia. Janganlah kerana perbezaan pandangan politik kita yang melampau menyebabkan kita menolak apa yang disarankan oleh agama iaitu keseimbangan antara dunia dan akhirat serta menyebabkan kita membenarkan apa yang tidak wajar dan menidakkan apa yang perlu.

Sekian.

Assalamualaikum dan Salam perpaduan.

Tulus ikhlas,

Azrul

Monday, June 22, 2009

~Suatu Pandangan 4~

Lurz AlkmaarJun 22nd, 2009 at 4:24 am
Salam Perpaduan,
Sebelum saya menjawab beberapa persoalan yg diajukan oleh Saudara Wan, ingin saya jawab kembali persoalan 2 yg saya lemparkan pada kiriman saya yg lepas berdasarkan pemerhatian saya sepertimana yg dikehendaki saudara. Pertama, siapakah yg memusnahkan perpaduan antara rakyat M'sia yg telah sekian lama terjalin erat? Berdasarkan pemerhatian saya, yg merosakkan perpaduan adalah pemimpin yg pabila berceramah dgn kaum Cina, maka beliau akan berkata buruk ttg perjuangan kaum MElayu dan India dan pabila beliau berucap dihadapan hadirin Melayu, maka sentimen kaum pula dimainkannya serta pabila sesuatu kaum cuba untuk memprovokasi kerajaan dgn mengemukakan sesuatu tuntutan yg tidak munasabah, maka beliau akan menjadi "Jagoh", memanipulasi kaum tersebut hingga mereka menyangka yg beliau ikhlas membantu mereka sedangkan realitinya, pemimpin tersebut hanya memperguna-gunakan mereka sebagai alat permainan politik. Inilah pemimpin yg jika dibiarkan tanpa ada sesiapa pun menasihatkannya, maka jgn kita terkejut jika pada suatu masa nnt perpaduan dan kesejahteraan rakyat M'sia yg sekian lama terpelihara ini akan direntap pantas sebegitu sahaja.
Kedua, sejak bilakah perpaduan menjadi satu masalah yg besar kepada negara? Drpd sudut pandangan saya, ia menjadi satu isu setelah berakhirnya Pilihanraya ke-12. Mengapa? Kerana, perpecahan dikalangan bangsa melayu dan kaum2 yg lain di negara ini kian tampak jelas. Orang Melayu berpecah dan ada diantara mereka menyokong sesuatu fahaman politik yg jelas tidak mampu membela hak dan keistimewaan serta perjuangan melayu yg telah sekian lama menjadi tulang belakang perjuangan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO). Ingatlah, perjuangan mempertahankan bangsa melayu itu adalah perjuangan mempertahankan agama Islam kerana mengikut perlembangaan, bangsa melayu itu ditafsirkn sebagai mereka yg mengamalkan adat istiadat org melayu, bertutur dgn bahasa melayu, berkuturunan melayu serta yg plg penting sekali beragama Islam. Perpecahan juga boleh dilihat dikalangan kaum cina dan india. Dahulu, dua kaum terbesar dinegara ini, bersatu dibawah panji2 MCA, GERAKAN, MIC dan PPP. Namun kini, mereka telah berpecah dan tidak lagi bersatu malah ada yg menyokong badan2 NGO atau parti2 yg menyeru kearah menggunakan rusuhan dan keganasan untuk mencapai sesuatu cita2. Oleh itu, tepuk dada tanyalah iman, parti apakah atau pihak manakah yg saya siratkan dlm kenyataan saya diatas. Akhir sekali ingin saya nyatakn disini, kerajaan kita bukanlah berdiri dgn asas satu parti, jika saudara ingin menghentam kerajaan maka bersikap adillah kerana adalah tidak adil untuk kita menjuruskannya kepada satu parti sahaja. Kita perlu sedar, kerajaan kita terbentuk dgn asas kerajaan perpaduan di mana UMNO untuk org mleayu, MCA untuk org cina, MIC untuk org India dan parti2 komponen yg lain yg mewakili kaum2 yg lain dan seterusnya diadun secara sekali atas satu perjuangan yakni perjuangan BArisan Nasional. Maka selepas ini, jika saudara tidak bersetuju dgn kerajaan maka tujukanllah pnadangan saudara tersebut kepada Barisan Nasional bukannya secara spesifik menghentam UMNO kerana perjuangan UMNO bukanlah berseorangan tetapi didokong oleh parti2 komponen dlm Barisan Nasional. Sama2lah kita berlaku adil.
Ketiga, menjawab tuduhan saudara terhadap sistem pentadbiran kerajaan yg dikatakan saudara mengamalkan aktiviti melobi(bodek) dan tidak melayan kakitangannya yg berkhidmat dgn jujur dan ikhlas dgn layanan yg sepatutnya, ingin saya sorot kembali pada kiriman2 saya yg lepas, beberapa kali saya pernah melemparkan bahawa fitnah itu suatu perbuatan yg tidak bertanggungjawab dan akan menghancurkan kerukunan Bangsa Malaysia. Jika saudara mempunyai bukti yg kukuh bahawa amalan melobi itu mmg berlaku dan ketidakadilan terhadap kakitangan2 kerajaan mmg jtampak jelas, maka gunakanlah saluran yg betul contohnya melaporkan kepada Suruhanjaya PEncegahan Rasuah atau pihak Polis supaya mereka boleh bertindak membenteras ketidakadilan yg sedang berlaku. Namun begitu, jika kita tiada bukti yg kukuh atau sekadar mendengar dongeng2 dr penglipurlara2 politik, maka berdiam diri itu lebih baik drpd menyebarkan fitnah kerna fitnah itu bukan sahaja merosakkan reputasi seseorang malah ia boleh menyebabkan org yg tidak bersalah dihukum. MasyaAllah.
Keempat, berkaitan Parti Tindakan Demokratik(DAP). Saudara harus sedar, DAP adalah sebuah parti politik. Pabila ia berada dalam satu pakatan yg menguntungkannya, dr segi logiknya, perlukah ia tidak menghormati parti2 lain dalam Pakatan pembangkang serta menghentam rakan2nya dlm pakatan? TIdak perlu. DGn berbuat demikian, jelas ia akan menyebabkan keuntungan yg ia peroleh dr pakatan pembangkang akan berkurangan.
Pengakhirannya,
Bersatulah di bawah satu panji yg bersepakat dan bertoleransi antara satu sama yg lain. BArisan Nasional telah sekian lama mempatrikan Kontrak Sosial sebagai asas amalan memberi dan menerima. Janganlah sesekali kita gugat perpaduan dan kesefahaman yg sudah terjalin dr asas penerimaan kaum lain terhadap hak keistimewaan org melayu dan kuasa Raja serta pemberian hak kerakyatan kepada kaum asing pada suatu masa dahulu. Memang benar, mereka lahir di Tanah air kita yg tercinta ini, namun adakah mereka yg pada hari ini akan diperakui sebagai rakyat Malaysia jika asas Kontrak Sosial ini tidak dibina hasil drpd persetujuan pemimpin2 kita pada suatu masa dahulu.
Bersyukurlah kita kerana kita ini rakyat negara Malaysia yg tercinta. Janganlah kerana kita tidak bersetuju, kita tidak mahu menerima kebenaran. PEliharalah perpaduan yg semakin tergugat di negara kita yg tercinta ini.
Sekian, Assalamualaikum
Tulus ikhlas,
Azrul

~Suatu Pandangan 3~

Lurz AlkmaarJun 21st, 2009 at 9:13 am
"Khilaf antara umat itu rahmat"
Salam Perpaduan,
Syukur Alhamdullillah, sehari demi sehari, cara kita menyampaikan pandangan menunjukkan perubahan yg baik dan jelas ia juga menunjukkan bahawa pandangan kita sebagai rakyat yg peduli tentang jatuh bangunnya negara kita yg tercinta ini bukanlah dibina dr emosi yg tidak terkawal dan perasaan taksub dan radikal terhadap sesuatu fahaman politik. Jika kita imbas kembali, komen2 dan pandangan2 yg dilemparkan oleh beberapa pembaca blog sebelum ini, jelas ia amat memalukan kerna caci maki dan penghinaan serta fitnah dijadikan asas dlm membina sewsuatu hujah. Tahniah.
Terima kasih diatas perhatian dr saudara Wan Simunjan dimana beliau amat khuatir sekali saya akan terjebak kearah kemunafikkan kerana pandangan2 saya pada pemerhatian beliau terlalu bermuka2 dan berlidah bercabang. Saudara juga menyarankan supaya tindakan saya berada di landasan yg selari dgn niat saya. Saudara, tidaklah saya ingin katakan yg diri ini tidak terlepas dr kemunafikkan. Namun, setiap kali selepas menunaikan solat, kdg2 saya menangis mengharapkan bantuan dr Sang Pencipta supaya saya dijauhkan dr kemunafikkan. Maafkan saya jika pandangan yg lontarkan menyebabkan saudara berfikir sedemikian. Sering kali, saya akan bermuhasabah diri dahulu sebelum saya menulis pandangan saya ke blog ini. InsyaAllah selagi saya menyandarkan diri ini kepada Redha Allah, saya akan dijauhkan dr kemunafikkan.
Saudara Wan,
Saudara juga ada menyatakan bahawa sokongan terhadap pemerintah yg pada persepsi saudara tidak adil dan zalim terhadap rakyat akan menyebabkan perpaduan yg sedia ada di Malaysia ini akan musnah. Tetapi, fikirkan sejenak, siapakah yg sebenarnya memusnahkan perpaduan yg telah terjalin sekian lama antara kaum2 di Malaysia. Siapakah yg membawa isu kaum dan cuba menjadi "Jagoh" dlm kononnya memperjuangkan hak kaum lain sehingga menyebabkan penerimaan terhadap hak keistimewaan org melayu dan pemberian hak kerakyatan kpd kaum asing yg sekian lama telah menjadi tulang belakang terhadap pembentukan jati diri Bangsa Malaysia dipersoalkan dan digugat sebegitu sekali?
Sejak bilakah perpaduan menjadi suatu masalah besar kepada negara? Adakakh kerajaan pemerintah negara ini mengabaikan soal perpaduan samaada dikalangan org Melayu dan dikalangan Bangsa Malaysia? Jelas, penubuhan kementerian, kewujudan kerajaan perpaduan Barisan Nasional yg terdiri drpd parti komponen yg berbagai kaum, perayaan Hari Terbuka untuk sesuatu perayaan, mewakilkan wakil rakyat yg merupakan kaum minoriti di sesebuah kawasan, dan pelbagai lagi langkah yg diusahakan kerajaan khas untuk mewujudkan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia. Namun, siapakah yg merosakkannya dgn menimbulkan persepsi negatif yakni fitnah terhadap kerajaan. Kdg2 saya merasa kasihan, bagaimana perasaan kakitangan2 kerajaan yg berkhidmat dgn jujur dan ikhlas dgn sesebuah institusi kerajaan yg dituduh pembangkang sebagai korup dan mengamalkan rasuah? Disebabkan itulah, saya sering menyeru diri sendiri dan saudara2 sekalian supaya mengelakkan fitnah dan hanya membuat sesuatu tuduhan terhadap seseorang atau sesebuah institusi kerajaan setelah kita mempunyai bukti yg kukuh. Pernahkah saudara membaca pandangan2 saya di atas yg mengutuk peribadi secara spesifik seseorang itu. Tidak, kerana Alhamdullilllah saya masih lagi berada dilandasan yg selari dgn niat setiap apa yg saya utarakan dlm setiap pandangan yg saya lemparkan.
Kepada Saudara Azmi,
Salam perpaduan saya ucapkan khas untuk saudara kerana saya yakin saudara menyampaikan pandangan saudara di atas atas dasar keprihatinan terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia khusunya yg berada dikwsn yg kurg membangun. Menjanjikan kesejahteraan dan pembangunan kepada rakyat semasa kempen pilihanraya adalah tidak bermoral mengikut pandangan saudara. Namun begitu, ambillah seminit drpd masa yg diberikan Tuhan kepada saudara, renung2kan, tidak adakah pembangunan yg dijalankan atau diwar2kan kerajaan selepas pilihanraya? Saya tidak menolak adanya manifesto dr pihak kerajaan semasa pilihanraya yg masih belum ditunaikan. Saya tidak ada faktanya tetapi jika saudara ada faktanya, kemukakanlah fakta tersebut kepada pemerintah atau wakil2 rakyat yg berkhidmat di sesuatu tempat supaya mereka waspada akan janji2 mereka semasa pilihanraya. Kita perlu sedar, bahawa manusia ini dibelenggu dgn sifat pelupa. Jadi, kita sebagai org yg sedar perlulah menunaikan tnggungjawab yakni mengingatkan mereka.Gunakanlah saluran yg betul untuk mengingatkan mereka, bukannya dgn merusuh atau mewujudkan persepsi negatif terhadap mereka. Tiadalah saya bersetuju bahawa menjanjikan pembangunan adalah tidak bermoral kerana ia adalah visi dan misi sebagai seorang pejuang rakyat. Namun begitu, saya tidak sama sekali bersetuju dgn tindakan sesetengah pemimpin yg sering mengekploitasi(mengambil untung) kesusahan rakyat untuk kepentingan politik. Kita sering lihat, sesetengah pemimpin mengunakan isu contohnya kenaikan harga minyak yg berlaku seantero dunia sebagai alat untuk menagih simpati rakyat. Namun kini, harga minyak sudah pulih, adakah ia menjadi isu lagi. Tidak sama sekali.
Pengakhirannya,
Tiada terdetik di hati ini untuk menyokong kebatilan. Namun, atas daya fikiran yg dikurniakan Allah S.W.T untuk menilai yg mana hak dan yg batil, saya cuba untuk menilai dan menyampaikan pandangan saya dgn asas ilmu dan pengharapan terhadap keredhaan Allah. Peliharalah perpaduan yg kian tergugat di negara kita yg tercinta ini. Janganlah kerana pegangan politik kit yg terlalu ektrem menyebabkan kita membenarkan apa yg tidak wajar dan menidakkan apa yg perlu. InsyaAllah
Salam Perpaduan, Assalamualaikum
Tulus ikhlas,
Azrul

~Suatu Pandangan 2~

Salam Perpaduan, Ini adalah dua respon yg saya sempat lemparkan pada pada Anwaribrahimblog/the Malaysian insider hasil drpd pertnayaan drpd beberapa blogger. Untuk mendapat diskusi yg sebenar, sila lawati http://anwaribrahimblog.com/2009/06/15/laungan-nizar-menggegarkan-dewan-rakyat/.
Sekian.


Salam Perpaduan,
Moral mengajar kita, seseorang itu adalah bersalah setelah dia dibuktikan sebagai bersalah. Ia sejajar dengan syariat Islam yg mengangkat prinsip keadilan untuk semua ummah dan penghapusan fitnah dikalangan manusia. Sorotan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dipukul didalam lokap cuba dijadikan oleh saudara sebagai bukti ketidakadilan yg sedang berleluasa di tanah air kita yg tercinta ini. Namun, adilkah kita menggunakan bukti yg tidak jelas sedemikian untuk mengatakan seseorang pemimpin itu sebagai korup dan berkuasa mengatasi Perlembagaan. Tepuk dada, tanya selera. Prinsip keadilan ini mestilah dijunjung oleh semua org dan bukan hanya pemimpin sahaja perlu menjadi adil. Kita juga. Pabila kita ingin mengatakan seseorang atau sesuatu organisasi itu sebagi korup dan mengamalkan amalan rasuah, timbulkanlah persoalan pada diri kita, adakah kita dengan adil yakni kita meletakkan sesuatu pada tempatnya mengikut acuan Islam yg dgn jelas mensyariatkan seseoarang itu akan disabitkan sebagai bersalah apabila semua bukti yg dikemukakan adalah menjurus atau menzahirkan kesalahan tertuduh. Saudara, kita ambil sebagai contoh pembuktian bg kesalahan zina untuk membuktikan bahawa ISlam amat menitikberatkan pertuduhan dan pembuktian terhadap seseorang. Empat orang org saksi yg adil diperlukan dan keempat2 saksi tersebut mestilah tanpa ada sebarang kelainan dan keraguan dalam pembuktian mereka terhadap tertuduh. Mereka juga perlu melihat dgn jelas semasa perlakuan zina itu dilakukan barulah ia dikira sebagai kesalahan zina. Jika bukti mereka tidak kukuh atau ada sedikit khilaf, mungkin hukuman takzir disabitkan atau tertuduh akan dibebaskan. Mengapa Islam mengajar kita sedemikian? Ini kerana, Islam tidak mahu umatnya memfitnah org lain dan Islam juga tidak mahu org yg tidak bersalah dihukum. Islam mahu menginagtkan kita bahawa tiada apa yg terlepas dr pandanagn Allah dan mungkin benar tertuduh yg terlepas dr hukuman bersalah, namun, diakhirat nanti balasannya berlipat kali ganda. Jadi, mengapa saya membangkitkan hal di atas, ia merupakan reflek kepada komen saudara ttg penglibatan Dr Mahathir dlm perbagai kes melibatkan DSAI dan tuduhan melulu saudara terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya.
Saudara juga ada mempersoalkan langkah pemimpin dr Barisan Nasional yg menggunakan taktik menjanjikan pembanguna dan kesejahteraan hidup kepada pengundi semasa pilihanraya berlangsung. Izinkan saya bertanya, adakah itu salah dan adakah itu rasuah? Pada pendapat saya, wakil rakyat perlu bermenifesti kerna dgn menifestasi, pengundi dpt melihat semangat dan kesungguhan pemimpin tersebut untuk membela nasib rakyat. Ia bukan rasuah saudara, ia adalah visi dan misi seorang pemimpin terhadap rakyat. Saudara, mmg saya akui kenyataan saudara bahawa pemimpin dr Pakatan Rakyat terpaksa menagih simpati drpd rakyt jelata semasa pilihanraya. Semasa kempen pilihanraya, isu2 seperti Kes lebam mata Anwar, kes Lingam, Kes liwat Anwar, Tok Guru menangis, Kes Hindraf dan mcm2 lagi dimainkan sebagai satu sandiwara politik oleh pembangkang untuk mendapat simpati rakyat. Mereka tiada visi dan misi yg ingin meraka kecapi untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. Namun, semasa kempen pilihanraya juga, acapkali, isu2 yg tidak jelas yg boleh dikatakan sebagai fitnah contohnya tuduhan membunuh terhadap Perdana Menteri diwar2kan oleh beberapa pemimpin pembangkang untuk memnimbulkan persepsi negatif terhadap kepimpinan dikalangan rakyat. Perbuatan inilah yg menyebabkan fitnah berleluasa dan perpecahan kian tampak jelas. Seperti yg pernah saya katakan di kiriman yg lepas, jangan lah kerana fahaman politik kita yg melampau menyebabkan kita membenarkan apa yg tidak wajar dan menidakkan apa yg hak. InsyaAllah selagi kita berpegang teguh kepada ajaran ISlam, walau apapun perbezaan politik yg dianuti kita, kita tetap akan bersatu dan mewujudkan perpaduan.
Sekian, Assalamualaikum.
Tulus ikhlas,
Azrul


Salam Perpaduan,
Alhamdullillah, pelbagai respon drpd kalian telahpun saya terima. Dan yg plg penting, ada diantara kalian yg berhujah dgn menggunakan ilmu, menggunakan bahasa yg sopan dan tidak dipengaruhi dgn emosi. Tahniah, saya ucapkan.
Sebelum saya menjawab beberapa persoalan yg diajukan kalian, ingin saya perjelaskan disini, hujah saya bukanlah dibina hasil drpd pemerhatian saya terhadap satu pihak sahaja. Saya menjadikan medium media arus perdana(BHarian, MyStar, Bernama, TV3), media kerajaan(AgendaDaily,kpmu, Pemuda Umno, Umno Online,), media pembangkang(Suara keadilan, HarakahDaily, DAP malaysia) dan blog2( anwaribrahimblog, Tukartiub,Chedet,Razaleigh, Al-Bakistani(g-82), MyMassa, Meminpin Perpaduan, Lim Kit Siang) sebagai bahan bacaan dan rujukan khusus untuk mengukuhkan pandangan saya. Mungkin bagi kalian, saya perlu membaca lebih byk lagi, saya akur dan akan saya perdalam pengetahuan saya di masa depan.
Saudara2 sekalian,
menjawab persoalan yg diajukan oleh Saudara Wan Simunjan, bukanlah niat saya untuk mempergunakan ayat2 Al-Quran sebagai alat menghentam pembangkang. Tiada sekali2 pernah terddetik di jiwa saya untuk mneyokong kebatilan. Saudara mengajukan saya persoalan berkaitan Kes liwat Datuk Seri Anwar dan kaitannnya dgn Tun Dr Mahathir. Saudara, jika mahkamah telah memutuskan DSAI tidak bersalah, maka tidak bersalahlah beliau di dunia ini,namun, diakhirat nnt, hanya Allah S.W.T sahaja yg tahu. Org yg memfitnah beliau pasti akan menerima balasan yg setimpal. Jika benar Dr Mahathir yg memfitnah DSAI maka kumpulkanlah bukti yg kukuh dan laporkanlah kpd pihak polis. Jika tidak ada bukti untuk mengatakan bahawa Dr M terlibat dlm usaha untuk memfitnah DSAI, maka jgnlah sesekali kita menyebarkan persepsi negatif terhadap Dr M. Itu fitnah namanya. Berdiam dirilah dan biarlah Allah yg mengadili beliau di Akhirat nnt. Sedarlah bahawa hidup ini hanyalah satu ujian untuk melayakkan diri kita ke syurganya.
Saudari Miza,
maafkan saya jika pada pandangan saudari saya berlagak berilmu dan tidak layak untuk menyampaikan pendapat saya. Reflek yg saya kemukakan yakni "Hanya Al-Quran dan Hadis itulah yg boleh mengatakan sesuatu pandangan itu salah dan betul" adalah kerana adakalanya kita selalu mengatakan bahawa pandangan org lain itu sebagai salah sehingga sampai suatu tahap kita bergaduh dan berpecah belah hanya kerana perbezaan pandangan sedangkan pandangan itu hanyalah pandangan, tiada salah dan betul. Hanya Alquran dan hadis itu pemutus antara yg benar dgn yg batil. Saudari juga menyorot situasi di Perak. Saudari mencadangkan tiga wakil rakyat yg menjadi bebas supaya meletakkan jawatan. Saudari, wakil rakyat dipilih oleh rakyat dan hasil pilihanraya ke-12 memilih mereka untuk mewakili rakyat di kawasan mereka. Mengikut perundangan hanya SPR sahaja yg boleh mengistiharkan sesuatu kerusi DUN itu sebagai kosong dan Speaker Dewan tiada hak untuk memerintahkan SPR untuk membuat sesuatu kerana SPR adalah sebuah suruhanjaya yg bebas dan tidak dipengaruhi mana2 parti politik. Dan jgnlah kita selalu beranggapan buruk terhadap sesuatu yg kita tidak ketahui dgn dalam. Persepsi saudari bahawa, SPR adalah alat Parti pemerintah perlulah disertakan dgn bukti yg kukuh. Jika sekadar mendengar kisah drpd penglipurlara2 pembangkang, atau sekadar meneka kerana dipengaruhi fahaman politik yg melampau, maka seharusnya kita menghentikan penyebaran persepsi negatif itu kerana ia adalah fitnah. Jauhilah fitnah kerana ia akan memecahbelahkan perpaduan yg telah sedia ada di negara kita yg tercinta ini.
Saudara2 sekali,
Akhir sekali ingin saya perjelaskan, tujuan saya menulis komen ini bukanlah untuk menimbulkan pergaduhan atau pertengkaran, tetapi, ini adalah salah satu usaha dakwah yg mampu saya lakukan. Tiada sekali-kali saya berkemahuan, negara kita yg tercinta ini akan berkecamuk seperti mana yg terjadi di Iran dan Iraq. Jgnlah kerana fahaman politik kita yg melampau kita bergaduh sesama sendiri serta menyebabkan kita membenarkan apa yg tidak wajar dan menidakkan apa yg perlu. InsyaAllah.
Salam Perpaduan.
Tulus Ikhlas,
Azrul
P.S: Kpd anapas, saya berada di luar negara, jadi anda boleh menghubungi saya menggunakan email
lurzalkmaar@yahoo.com.

~Suatu Pandangan~

Salam perpaduan,
Disini saya selitkan beberapa pnadangan yg saya lemparkan kepada dua blog iaitu Anwaribrahimblog/The Malaysian Insider(artikel: Laungan Nizar Menggegar Dewan Rakyat) dan Tukar Tiub(artikel: Bukan Satu Malaysia..Satu Dunia)


lurz alkmaar
Jun 15th, 2009 at 3:42 pm

Salam Perpaduan,
Tidak sepatutnya saudara2 sekalian berkata sedemikian. Ini bukan cara yg sewajarnya bg seorang rakyat Malaysia untuk menyampaikan pandangannya. Tan Sri speaker hnya menjalankan tugasnya dan bygkan jika pembangkang sewenang2nya dibenarkan berbuat sedemikian, maka ahli parlimen kerajaan pula boleh selepas ini memakai "headband" mengutuk pembangkang atau para pemimpin pembangkang.
Maka implikasinya di masa depan amat merugikan kita kerana parlimen kita tidak lagi menggambarkan sebuah parlimen yg bertaraf tinggi di mata dunia kerana kita membernarkan seatu perbuatan yg tidak sesuai di praktikkan semasa persidangan dewan rakyat.
Janganlah kerana fahaman politik kita yg keterlaluan menyebabkan kita membenarkan apa yg tidak wajar, dan menidakkan apa yg perlu.
Sekian.
Tulus ikhlas,
Azrul
Lurz Alkmaar Reply:
June 16th, 2009 at 8:22 am
Salam perpaduan,
Tiada sekelumitpun di dada saya penyanjungan terhadap amalan rasuah. Tiada musnah akan diri saya, jika menjadi seorang pro-pembangkang, namun, atas sebab tanggungjawab dan belas kasihan terhadap anak-anak bangsa, adik2, abang2, kakak2, pak cik2 tua, wajarlah saya kehadapan dan lontarkan nasihat dan pedoman terhadap kalian. Tiada sekalipun saya berselindung dengan niat yang salah disisi agama dan tiada akan sekali2 saya menyokong kebatilan.
Rakan2, senario politik negara kita yg tercinta ini sudah tercemar dgn fitnah yg berleluasa. Kalian mengatakan ttg rasuah dgn melulu terhadap seseorang, persoalannya, adakah agama kita membenarkan kalian berbuat demikian? Ingatlah, dalam Islam, setiap tuduhan mestilah disertakan dgn bukti yg kukuh. Tiada sekali akan digelar benar disisi ISlam jika kita menuduh dgn melulu.Ia digelar Fitnah dan fitnah itu amat dikeji oleh Allah S.W.T. Maafkan saya jika kenyataan ini terlalu perit untuk diterima kalian, namun, ambillah agama sebagai jalan bukannya pandagan politik yg keterlaluan. Peliharalah perpaduan yg sedia ada di negara ini.
Tulus ikhlas,
Azrul
Lurz alkmaar Jun 17th, 2009 at 1:19 am

Salam perpaduan,
Maafkan saya jika pendapat saya dianggap keterlaluan oleh saudara2 sekalian. Bukanlah tujuan saya untuk menyakiti hati kalian dan tidak sesekali jiwa ini ada perasaan untuk menunjuk pandai. Cuma, sesekali terdetik di hati ini rasa tanggungjawab dan kasihan terhadap anak2 watan yang akan mewarnakan masa depan negara kita yang tercinta ini.
Rakan2 sekalian,
Perbaikilah cara kita menyampaikan pandangan. Bersopanlah dan gunakanlah bahasa yg melmbangkan kita ini seorang yg ada kredibiliti untuk menyampaikan pandangan. Tunjukkanlah kepada dunia yang penyokong pembangkang di negara ini berada di pihak yg benar dgn menggunakan bahasa yg elok semasa memberi pandangan dan jauhkanlah diri kita drpd bahsa2 kesat dan caci maki. Dan janganlah sekali2 kita menyatakan pandangan orang lain itu sebagai salah, kerana pandangan itu hanyalah pandangan dan ia tidak mempunyai salah dan betul. Hanya Al-Quran dan Hadis itulah yg boleh mengatakan sesuatu pandangan itu salah dan betul. Jika kita sorot kembali perilaku Imam Shafie', beliau tidak pernah mengatakan Mazhab(pandagan Ulama Muktabar Fiqh) yg lain sebagai salah dan beliau juga tidak pernah memaksa pelajr2nya mengikut pandangan beliau. Oleh itu, jdkanlah Imam Shafie' sebagai teladan dan berhujahlah dgn ilmu setiap kali membuka bicara bukannya dgn emosi dan tuduhan melulu terhadap seseorang.
Rakan2,
Isu di Perak berlaku kerana kedegilan Speaker pada masa itu yg tidak mahu menerima hakikat bahawa dirinya sudah tersingkir. ISu tersebut tiada bezanya dgn apa yg berlaku di Dewan Rakyat baru2 ini. Kedegilan Wakil Rakyat PEmbangkang yg sepatutnya menggunakan pentas Dewan Rakyat dengan sebaik-baik untuk membela rakyat namun menyalahgunakannya dgn menimbulkan kontroversi yg jelas tiada kena mengena dgn kebajikan rakyat, telahpun menyebabkan mereka diperintahkan keluar. Malah insiden ini telah menyebabkan PArlimen negara kita dimalukan.
Janganlah kerana pendirian politik kita yg keterlaluan menyebabkan kita membenarkan apa yg tidak wajar dan menidakkan apa yg perlu.
Maaf sekali lagi jika pendapat saya ini mengguris hati saudara2 sekalian.
Tulus ikhlas,
Azrul
Comments to Tukar Tiub Blogspot

~lurzalkmaar~ berkata...
Salam Perpaduan,
Saudara,
Sebagai seorang umat Islam dan seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, izinkan saya menunaikan tanggungjawab saya terhadap saudara. Setelah sekian lama mengikuti Blog saudara ini, acapkali, hati saya bagaikan terkena sembilu kerna jelas sekali buah fikiran yang saudara lemparkan didalam blog saudara tidak menunjukkan peribadi saudara sebagai seorang yang berpelajaran dan seorang Muslim yang mengambil Islam sebagai cara hidup(ad-din). Kebanyakkan tulisan saudara menzahirkan kutukan dan fitnah terhadap orang lain dan ini adalah dilarang sama sekali oleh agama Islam.
Saudara,
Islam amat menitik beratkan keadilan dalam semua aspek. Dari segi perundangan, Islam telah menggariskan bahawa setiap pertuduahn terhadap orang lain perlu disertakan dengan bukti yang kukuh. Sebagai contoh, untuk menuduh seseorang itu melakukan perbuatan zina, 4 orang saksi yang adil diperlukan dan saksi-saksi ini perlu melihat perbuatan zina itu dengan jelas tanpa ada percanggahan pembuktian sesama mereka. Dari segi logiknya, umum akan melihat perkara ini sebagai tidak masuk akal kerana pada zaman moden ini, sukar untuk kita untuk mempraktikkannya cuma ingatlah bahawa kehidupan kita bukan sekadar di dunia sahaja, di akhirat itu adalah selamanya. Saya harap saudara faham apa ynag cuba saya sampaikan.
Oleh itu, saya berharap, kita janganlah lagi menabur fitnah terutama terhadap para pemimpin. Jika kita memang mempunyai bukti ynag kukuh maka gunakanlah jalan yang betul dan perlihatkanlah kepada dunia yang kita adalah seorang Mukmin yang sejati.
InsyaAllah.
Terima kasih

lurzalkmaar@yahoo.com
2009 Mei 12 04:10





~lurzalkmaar~ berkata...
Salam Perpaduan Saudara Tanpa Nama,
Disusun sepuluh jari simbolik pohon maaf dari saya. Maafkan saya jika ulasan saya menyinggung hati saudara. Saya hanya menjalankan tugas saya menasihatkan saudara Hishamuddin Rais diatas buah-fikiran2 yang dilemparkannya ke dalam blog ini. Umum tahu, saudara Hishammuddin Rais seorang Islam, oleh itu saya menggunakan pendekatan Islam untuk menasihatkan beliau. Untuk pengetahuan saudara, Islam mengajar umatnya untuk menggunakan pendekatan berhikmah setiap kali berdakwah kepada org lain. Islam juga menekankan prinsip keadilan untuk semua tanpa dibatasi jurang agama, fahaman politik dan bangsa. Sementelahan itu, menabur fitnah yakni melakukan pendakwaan tanpa bukti yang kukuh adalah satu perbuatan yang amat dikutuk dalam Islam malahan ia dianggap lebih teruk dari membunuh saudara sesama Muslim. Jadi atas tanggungjawab itu, saya perlu perjelaskan kepada saudara Hisham.
Saudara,
Untuk pengetahuan saudara, saya merupakan seorang pelajar tajaan Kerajaan Malaysia ke USA. Namun begitu, atas perasaan kasih dan cintakan negara tanah tumpah kita, saya mengikuti perkembangan politik negara melalui medium internet. Untuk berlaku adil, saya mengikuti laporan politik drpd media arus perdana dan media alternatif. Saya juga mengikuti tulisan blog daripada wakil rakyat pembangkang, bebas dan kerajaan. Segala pendapat yang saya lemparkan adalah berasaskan ilmu dan pemerhatian secara intensif terhadap senario politik negara.
Saudara,
Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur. Ini kerana, didalam permerhatian saya selama saya berada di Bumi Hujan Emas(USA) ini, acapkali jelas kelihatan penindasan dan ketidakadilan berlaku terhadap rakyat. Sebagai contoh, di negara ini, setiap rakyat perlu ada perlindungan insurans untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Ini kerana, dasar kapitalisme ini menyebabkan kos rawatan menjadi teramat tinggi dan leceh. Bayangkan, kos untuk mencabut gigi di sini adalah kira-kira RM2000(USD 600). Dianggarkan, 40 juta rakyat negara ini tidak mempunyai perlindungan insurans. Pinjamkan saya seminit, kemudian bandingkanlah dengan kos perubatan di Malaysia. Bersyukurlah kita kepada Yang Menciptakan kita walau apapun agama yang kita anuti diatas nikmat kurnianya terhadap negara malaysia.
Saudara, banyak lagi yang boleh saya garapkan berkaitan sistem di USA, Mesir dan UK untuk saudara. Cuma, ia akan mengambil seberapa lama. Mungkin jika saudara sudi, saudara boleh mengirimkan email kepada saya berkaitan hal ini.
Sekian terima kasih

lurzalkmaar@yahoo.com
2009 Mei 12 16:06





~lurzalkmaar~ berkata...
Salam Perpaduan Saudara Tayar Pancit,
Saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana adanya kewujudan insan seperti saudara yang secara berhemahnya menjawab ulasan saya. Rasullullah S.A.W pernah bersabda:
"Sesiapa yang keluar dari ketaatan (menentang ketaatan) dan bermufarakah (keluar) daripada jemaah (kumpulan ramai yang dia sertainya) maka jika matinya mati dalam kategori jahiliah." Bukhari.

Dan didalam Surah An-Nisa, Allah berfirman
Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namanya, dan peliharalah hubungan (silatulrahim) kaum kerabat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.? ? (An-Nisa?:1)
Berdasarkan hadis dan firman Allah tersebut, jelas menunjukkan Islam menyuruh kita untuk taat kepada pemimpin dan tidak menjauhkan(lari) diri kita daripada majoroti.Daripada firman Allah itu pula, Allah memerintahkan hambaNya untuk menjaga hubungan silaturrahim sesama sanak saudara. Persoalannya, mengapa Allah secara spesifik, didalam firman tersebut,menyebut "sesama kaum kerabat" bukannya sesama manusia secara umum. Ini kerana, perpaduan itu wujud bermula daripada unit yang asas contohnya sesama keluarga seterusnya sesama anggota masyarakat kemudian sesama bangsa dan berlangsung kepada perpaduan sesama agama dan akhirnya wujud perpaduan sesama manusia. Itulah hikmahnya. Umum kita lihat, seseorang yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang baik, akan mempunyai hubungan kemasyarakatan yang baik. Oleh itu, perjuangan parti berasaskan kebangsaan contohnya UMNO yang memperjuangkan nasib orang Melayu tidak ada salahnya malahan ia adalah bertepatan dengan saranan agama Islam. Bahkan, UMNO memperjuangkan bangsa melayu yang ditafsirkan didalam Perlembagaan sebagai orang yang fasih berbahasa melayu, mengamalkan cara hidup dan adat istiadat orang melayu, berketurunan melayu dan yang paling penting sekali beragama Islam. Secara kolektifnya, perjuangan mempertahankan bangsa melayu adalah perjuangan mempertahankan agama Islam. Apa yang saya nyatakan disini bukanlah bermaksud saya ingin mempertahankan atau mengagung-agungkan UMNO. Tetapi ia hanyalah reflek untuk kenyataan saya diatas dimana kita perlulah bersatu dibawah jemaah Islam yang mempunyai majoriti(membentuk kerajaan) buat masa ini. Jika esok lusa kerajaan berubah, dan perjuangan ISlam masih lagi menjadi teras, maka kita berpadulah kita dibawah panji tersebut. Cuma, buat masa ini, sokonglah apa yang cuba kerajaan cuba lakukan untuk rakyat. Kritiklah kerajaan dengan berhemah dan secara professional(check and balance) bukan dengan menimbulkan fitnah dan persepsi buruk terhadap pemimpin. Tidak ada gunanya kita berpecah dek kerana fahaman politik yang melampau. Firman Allah ini lebih baik dititikberatkan daripada terlalu radikal dengan parti politik masing2:

"Hendaklah kamu semua berpegang teguh dengan tali-tali Allah (syariat Allah / agama Islam / Al Quran dan Sunnah) dan janganlah kamu semua berpecah-belah (Iaitu berpecah-belah dari beriman dan dari syariat-Nya) . " (Ali Imran : 103)

Berkaitan isteri perdana menteri dan pemimpin2 lain yang tidak memakai tudung, jadikanlah ia sebagai teladan dan sempadan. Jika kita ada kesempatan menasihatkan mereka, maka gunakanlah jalan yang berhikmah sepertimana Rasullulah berdakwah kerana sepertimana yang kita sedia maklum hidayah itu adalah milik Allah dan hanya Allah sahaja ynag berhak mengurniakannya. Kita sama-samalah berdoa kehadratNYa agar dibukakan pintu hati mereka untuk menerima hijab/tudung sebagai cara hidup mereka. Cuma, jangan kerana isu yang sekelumit itu, kita berpecah dan menjauhkan diri kita daripada jemaah. Ingatlah, pada suatu masa dahulu Islam pernah memerintah sepertiga dunia.Moga Allah memberi kemenangan kepada kita. InsyaAllah.
Sekian, terima kasih

Tulus Ikhlas
LurzAlkmaar
2009 Mei 14 10:47

Warkah Seorang Pejuang

Wahai Rakan2,
Sungguhpun isu Pejuang Perpaduan telah lama malap, namun serpih2 bahangnya masih lagi belum padam. Arakian, pernah sekali aku difitnah bahawa akulah Pejuang Perpaduan itu dan aku cuba meraih publisiti murahan dengan memuji diriku sendiri didalam email balas daripada Pejuang Perpaduan. Kata orang, fitnah itu lebih hina dan terkutuk daripada membunuh saudara seISlam sendiri.
Oleh itu, atas rasa tanggungjawab dan ingin membetulkan persepsi negatif yang kian tersebar, maka saya sematkan di dada blog ini Warkah yang saya kirimkan kepada Saudara Pejuang Perpaduan.
Tulus ikhlas saya katakan, jika benar didalam sanubari ini ada sekelumit perasaan bangga diri atau cuba untuk mencari publisiti semasa mengirimkan email balas kepada Pejuang Perpaduan,
wajarlah pada waktu tersebut, saya kirimkan email balas ini kepada semua bukannya hanya kepada Saudara Pejuang Perpaduan.
Email tersebut adalah seperti berikut:


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,



Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namanya, dan peliharalah hubungan (silatulrahim) kaum kerabat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu. (An-Nisa:1)


Diriwayatkan oleh Abu Ayub Al-Ansari dalam hadisnya yang
bermaksud:Rasulullah S.A.W bersabda kepadaku amal yang akan memasukkan aku ke
dalam syurga.
Maka
sabda Rasulullah S.A.W : Engkau beribadah kepada Allah S.W.T dan tidak
mensyirikkannya dengan sesuatu, mendirikan solat, membayar zakat dan
menghubungkan
persaudaraan.


Perumpamaan orang mukmin itu di dalam berkasih-sayang, cinta mencintai dan berlemah lembut di kalangan mereka itu adalah seperti jasad yang satu, apabila satu anggota sakit, seluruh anggota akan merasa sakit.


Mengikut perspektif Islam perpaduan terjalin melalui dua ikatan iaitu:
Pertama: Perpaduan sesama anggota masyarakat
Kedua: Perpaduan antara kaum muslimin.(Diambil daripada teks Khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, 27 Mac 2007)


Behold, how good and pleasant it is for brethren to dwell together in unity( Bible, Psalm)


When bad men combine, the good must associate; else they will fall, one by one, an unpitied sacrifice in a contemptible struggle.( Edward Burke)


Saudara/Saudari Pejuang Perpaduan,


Izinkan saya melontarkan pendapat saya perihal apa yang
saudara/saudari(selepas ini akan menggunakan saudara) Pejuang Perpaduan cuba
ketengahkan melalui emel saudara dibawah. Nama diberi M. Azrul Akmal
Saharudin.
Pertama-tamanya, saya kagum dengan keberanian
saudara meluahkan apa yang terpendam dihati berkaitan isu KULN dan saudara
nampak nekad sekali cuba menggagalkan penubuhan Kelab Umno Luar Negara Penn
State.
Namun begitu, saya ingin jelaskan bahawa
saya tidak sekali-kalipun berpihak kepada saudara kerana ia jelas terbukti
melalui emel yang dikirim saudara bahawa, apa yang cuba disampaikan oleh
saudara hanyalah retorik dan persepsi saudara
semata-mata.
Seperti yang kita sedia maklum,
pendapat tidak ada salah dan betul. Pendapat hanyalah pendapat dan saya
menghormati pendapat saudara, namun begitu saudara cuba mengetengahkan pendapat
saudara dengan mengirim emel hasutan secara surat layang yang jelas menunjukkan
bahawa saudara
ingin mempengaruhi orang lain.
Sebelum itu, saya ingin perjelaskan kepada saudara, berdasarkan Surah An-Nisa
ayat 1, Allah s.w.t memerintahkan kita supaya memelihara hubungan antara kaum
kerabat(rujuk diatas), persoalannya kenapa Allah merujuk kepada kaum kerabat
bukannya kepada semua manusia
secara umum, ini kerana, hubungan yang baik sesama manusia wujud daripada
silaturrahim yang asas contohnya hubungan antara keluarga. Umum kita lihat,
seseorang yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang baik, juga akan mempunyai
hubungan kemasyarakatan yang baik
Jadi, berbalik kepada firman Allah tersebut, Allah s.w.t menyebut kaum
kerabat yakni sesama kaum keluarga atau sanak saudara atau masyarakat dan jika diaplikasikan dalam konteks
masyarakat Malaysia, kaum merujuk kepada bangsa iaitu tiga bangsa majoriti:
Melayu, Cina, dan India,
Oleh itu jelas ayat itu menunjukkan
bahawa mewujudkan perpaduan sesama kaum itu adalah perintah daripada Allah
s.w.t dan tidak ada salahnya kita berpersatuan atau berparti dengan asas
perpaduan Nasional(kebangsaan).
Kedua,
secara logik dan kasar, apa yang saudara ilhamkan iaitu Kelab Pencinta Politik
untuk menggantikan KULN nampak rasional. Namun begitu saudara perlulah sedar
bahawa dasar pembentukan KULN bukanlah hanya
sekadar
omong-omongan ataupun "perbincangan di
kedai kopi", tetapi ia mempunyai visi dan misinya yang tersendiri. Matlamat
utamanya adalah untuk mewujudkan perpaduan Nasional dan memperjelaskan visi dan
misi kerajaan yang saya yakin, para pelajar kurang peka dan kurang mengambil
tahu tentang hal ini.
Kita sering lihat, pihak
pembangkang sering mewujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan. Mereka
menggunakan segala medium yang tercapai dek akal fikiran mereka menabur fitnah
dan tuduhan melulu terhadap kerajaan.
Mereka menggunakan Dewan Rakyat untuk melemparkan tohmahan dan fitnah
terhadap para pemimpin negara. Dengan akal fikiran saya yang saya akui cetek
ini, terang tanpa bersuluh, apa yang mereka lakukan adalah amat salah disisi
agama
Dalam Islam, setiap tuduhan mestilah
disertakan dengan bukti yang kukuh. Sebagai contoh, untuk mensabitkan seseorang
dengan tuduhan zina, empat orang saksi yang adil diperlukan dan saksi-saksi ini
mestilah melihat perbuatan zina itu dengan jelas
tanpa ada percanggahan pembuktian antara saksi. Begitu sekali Islam
menitik beratkan tuduhan dan pembuktian terhadap orang lain. Namun begitu,
senario politik di negara kita dihujani dengan fitnah contohnya tuduhan
membunuh Altantuya kepada Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun A. Razak. Dimanakah bukti tersebut? Jika
tiada bukti atau tidak berkeupayaan menyediakan bukti, bolehkah kita menuduh
orang lain sebegitu rupa? Itu fitnah namanya dan ia lebih dikeji Allah daripada
membunuh saudara sesama Mukmin.
Oleh itu, disebabkan peningkatan
penyebaran persepsi(pandangan tanpa bukti) negatif terhadap kerajaan kepada
para pelajar, maka amat wajar sekali penubuhan KULN yang seperti saya katakan
sebelum ini untuk membetulkan persepsi negatif terhadap
kerajaan.
Ketiga, saudara mengungkap tentang kesan
psikologi terhadap para pelajar dengan tertubuhnya KULN kerana, pada pendapat
saudara penubuhan Kelab ini, ia akan menjarakkan perpaduan sesama kita kerana
kita di halang oleh tembok perbezaan pandangan politik. Saudara juga
membangkitkan tentang bagaimana pula
dengan mereka yang menyokong parti-parti lain dan mereka yang bukan
berbangsa Melayu? Mereka pasti merasa tersisih dan diketepikan. Mereka juga
mahu berpersatuan. Saudara, secara logiknya, saya berpendapat, pandangan
saudara itu ada rasionalnya.
Namun begitu, seperti yang saya katakan sebelum ini, KULN ada visi dan
misinya yang tersendiri. Secara umumnya, ia ditubuhkan untuk mewujudkan
perpaduan Nasional antara kalangan pelajar Penn State. Seperti kelab-kelab yang
lain, contohnya kelab tinju, ia ditubuhkan
untuk menarik dan melatih para pelajar yang berminat bertinju, atau kelab
melukis, ia mempunyai visi dan misinya tersendiri contohnya untuk mengasah
bakat melukis para pelajar. Darihal ini, samalah ia dengan KULN, Kelab ini
mempunyai misi dan visinya tersendiri dan
misi dan visi ini dibatasi dengan perlembagaan KULN. Seperti yang kita
sedia maklum, UMNO ditubuhkan untuk orang melayu, Perlembagaan Malaysia
mentafsirkan Melayu sebagai seorang yang berketurunan Melayu, bertutur dalam
bahasa Melayu,
mengamalkan adat istiadat orang
melayu dan yang paling penting sekali beragama Islam. Secara kolektifnya, UMNO
ditubuhkan untuk menyatukan orang Islam. Dan untuk kaum yang lain, MCA
ditubuhkan untuk menyatukan orang Cina, MIC untuk orang India dan
selebihnya
parti- parti komponen ditubuhkan untuk
bumiputra Sabah dan Sarawak dan seterusnya diadun secara sekali menjadi Barisan
Nasional dan akhirnya membentuk kerajaan perpaduan mentadbir negara Malaysia
yang kita cintai sehingga Malaysia
tidak lagi dikenali sebagai sebuah negara yang mundur malah kita harus
berbangga bahawa kita jika dibandingkan dengan negara-negara berbilang kaum
yang lain, kita hidup harmoni dan sejahtera. Saya juga ingin tekankan disini bahawa
penubuhan KULN
adalah titik tolak untuk penubuhan
kelab-kelab mewakili parti-parti politik lain dikalangan pelajar. Seperti yang
kita sedia maklum, AUKU sedang dikaji semula, Menteri yang bertanggungjawab
pernah menyatakan bahawa AUKU mungkin
dilonggarkan dan membenarkan para pelajar bergiat diarena politik secara
langsung tetapi tidaklah sehingga menjejaskan prestasi akademik mereka lantas
menyebabkan hala tuju sebenar mereka sebagai seorang
pelajar
di universiti terpesong.Oleh itu,
anggaplah KULN ini sebagai permulaan dan janganlah kita merasa tersisih dan
terhalang oleh fahaman politik yang melampau. Ingatlah bahawa, firman Allah
s.w.t ini adalah lebih penting untuk dititik beratkan daripada fahaman politik
yang melampau:




Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah(agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai. (Al-Imran: 103)


Keempat, tentang pandangan saudara terhadap isu
yang berlaku di Perak. Saudara menyatakan tentang pembelian wakil-wakil
rakyat(politik wang) untuk menghancurkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Seperti yang saudara
sedia maklum, runtuhnya kerajaan
Perak adalah kerana wakil rakyat daripada pembangkang sendiri. Dan seperti yang
saya telah keutarakan sebelum ini, untuk menuduh seseorang membuat sesuatu
kejahatan kita perlulah mempunyai bukti
yang kukuh. Jika tidak ia dinamakan sebagai fitnah. Janganlah kita
memfitnah sesama mukmin. Sebagai seorang Islam, adalah menjadi tugas saya untuk
menasihati saudara supaya menarik balik tuduhan tersebut. Malahan saudara telah
mengirimkan emel ini
kepada ramai orang. Oleh itu,
jadikanlah ini sempadan dan tekadlah bahawa kita tidak akan lagi membuat sebarang
tuduhan tanpa bukti kerana Allah menilai setiap apa yang kita kerjakan samaada
kita kerjakan secara sedar ataupun tidak.


Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namanya, dan peliharalah hubungan (silatulrahim) kaum kerabat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu. (An-Nisa:1)




Akhir sekali,ingin saya perjelaskan disini bahawa, tujuan saya menulis emel ini bukanlah untuk mempromosi Nasionalisme tetapi adalah untuk menerangkan betapa pentingnya kita perlu memupuk perpaduan Nasional. Saya sedar dan dengan ikhlas menyatakan bahawa semangat kesukuan ataupun assabiyah(Nasionalime) adalah dibenci Rasullullah. Kita juga dapat lihat keruntuhan kerajaan Islam terakhir, Kerajaan Turki Uthmaniyyah adalah disebabkan semangat nasionalisme yang tidak diasaskan dengan Islam. Namun begitu, bersyukurlah, nasionalisme yang ditanam kedalam jiwa setiap rakyat Malaysia adalah berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Nasionalisme yang diterap kedalam sanubari anak-anak watan Malaysia adalah berteraskan perpaduan nasional dan semangat cintakan negara seperti yang disarankan oleh agama Islam.
Kesimpulannya, janganlah kita berpecah kerana isu yang sekelumit ini. Jika kita tidak bersetuju, maka berhujahlah melalui medium yang betul dan janganlah kita mengikut emosi. Gunakanlah ilmu setiap kali kita membuka bicara kerana Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui setiap apa yang kita kerjakan. Saya akhiri emel ini dengan ucapan maaf jika ada saya tersalah kata dan terkasar bahasa atau secara tidak sengaja menyentuh peribadi saudara. Saya telah cuba dengan sedaya upaya saya menulis emel ini dengan bahasa yang menggambarkan peribadi seorang mukmin dan seorang pelajar universiti luar negara. Maaf.
Salam perpaduan.


Tulus Ikhlas,
Azrul


P.S: Ayat-ayat Al-Quran, Hadis dan "Quote" yang saya sertakan diatas adalah untuk rujukan kita bersama dan ia mempunyai kaitan dengan emel ini secara langsung dan secara tidak langsung