Monday, June 22, 2009

~Suatu Pandangan 4~

Lurz AlkmaarJun 22nd, 2009 at 4:24 am
Salam Perpaduan,
Sebelum saya menjawab beberapa persoalan yg diajukan oleh Saudara Wan, ingin saya jawab kembali persoalan 2 yg saya lemparkan pada kiriman saya yg lepas berdasarkan pemerhatian saya sepertimana yg dikehendaki saudara. Pertama, siapakah yg memusnahkan perpaduan antara rakyat M'sia yg telah sekian lama terjalin erat? Berdasarkan pemerhatian saya, yg merosakkan perpaduan adalah pemimpin yg pabila berceramah dgn kaum Cina, maka beliau akan berkata buruk ttg perjuangan kaum MElayu dan India dan pabila beliau berucap dihadapan hadirin Melayu, maka sentimen kaum pula dimainkannya serta pabila sesuatu kaum cuba untuk memprovokasi kerajaan dgn mengemukakan sesuatu tuntutan yg tidak munasabah, maka beliau akan menjadi "Jagoh", memanipulasi kaum tersebut hingga mereka menyangka yg beliau ikhlas membantu mereka sedangkan realitinya, pemimpin tersebut hanya memperguna-gunakan mereka sebagai alat permainan politik. Inilah pemimpin yg jika dibiarkan tanpa ada sesiapa pun menasihatkannya, maka jgn kita terkejut jika pada suatu masa nnt perpaduan dan kesejahteraan rakyat M'sia yg sekian lama terpelihara ini akan direntap pantas sebegitu sahaja.
Kedua, sejak bilakah perpaduan menjadi satu masalah yg besar kepada negara? Drpd sudut pandangan saya, ia menjadi satu isu setelah berakhirnya Pilihanraya ke-12. Mengapa? Kerana, perpecahan dikalangan bangsa melayu dan kaum2 yg lain di negara ini kian tampak jelas. Orang Melayu berpecah dan ada diantara mereka menyokong sesuatu fahaman politik yg jelas tidak mampu membela hak dan keistimewaan serta perjuangan melayu yg telah sekian lama menjadi tulang belakang perjuangan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO). Ingatlah, perjuangan mempertahankan bangsa melayu itu adalah perjuangan mempertahankan agama Islam kerana mengikut perlembangaan, bangsa melayu itu ditafsirkn sebagai mereka yg mengamalkan adat istiadat org melayu, bertutur dgn bahasa melayu, berkuturunan melayu serta yg plg penting sekali beragama Islam. Perpecahan juga boleh dilihat dikalangan kaum cina dan india. Dahulu, dua kaum terbesar dinegara ini, bersatu dibawah panji2 MCA, GERAKAN, MIC dan PPP. Namun kini, mereka telah berpecah dan tidak lagi bersatu malah ada yg menyokong badan2 NGO atau parti2 yg menyeru kearah menggunakan rusuhan dan keganasan untuk mencapai sesuatu cita2. Oleh itu, tepuk dada tanyalah iman, parti apakah atau pihak manakah yg saya siratkan dlm kenyataan saya diatas. Akhir sekali ingin saya nyatakn disini, kerajaan kita bukanlah berdiri dgn asas satu parti, jika saudara ingin menghentam kerajaan maka bersikap adillah kerana adalah tidak adil untuk kita menjuruskannya kepada satu parti sahaja. Kita perlu sedar, kerajaan kita terbentuk dgn asas kerajaan perpaduan di mana UMNO untuk org mleayu, MCA untuk org cina, MIC untuk org India dan parti2 komponen yg lain yg mewakili kaum2 yg lain dan seterusnya diadun secara sekali atas satu perjuangan yakni perjuangan BArisan Nasional. Maka selepas ini, jika saudara tidak bersetuju dgn kerajaan maka tujukanllah pnadangan saudara tersebut kepada Barisan Nasional bukannya secara spesifik menghentam UMNO kerana perjuangan UMNO bukanlah berseorangan tetapi didokong oleh parti2 komponen dlm Barisan Nasional. Sama2lah kita berlaku adil.
Ketiga, menjawab tuduhan saudara terhadap sistem pentadbiran kerajaan yg dikatakan saudara mengamalkan aktiviti melobi(bodek) dan tidak melayan kakitangannya yg berkhidmat dgn jujur dan ikhlas dgn layanan yg sepatutnya, ingin saya sorot kembali pada kiriman2 saya yg lepas, beberapa kali saya pernah melemparkan bahawa fitnah itu suatu perbuatan yg tidak bertanggungjawab dan akan menghancurkan kerukunan Bangsa Malaysia. Jika saudara mempunyai bukti yg kukuh bahawa amalan melobi itu mmg berlaku dan ketidakadilan terhadap kakitangan2 kerajaan mmg jtampak jelas, maka gunakanlah saluran yg betul contohnya melaporkan kepada Suruhanjaya PEncegahan Rasuah atau pihak Polis supaya mereka boleh bertindak membenteras ketidakadilan yg sedang berlaku. Namun begitu, jika kita tiada bukti yg kukuh atau sekadar mendengar dongeng2 dr penglipurlara2 politik, maka berdiam diri itu lebih baik drpd menyebarkan fitnah kerna fitnah itu bukan sahaja merosakkan reputasi seseorang malah ia boleh menyebabkan org yg tidak bersalah dihukum. MasyaAllah.
Keempat, berkaitan Parti Tindakan Demokratik(DAP). Saudara harus sedar, DAP adalah sebuah parti politik. Pabila ia berada dalam satu pakatan yg menguntungkannya, dr segi logiknya, perlukah ia tidak menghormati parti2 lain dalam Pakatan pembangkang serta menghentam rakan2nya dlm pakatan? TIdak perlu. DGn berbuat demikian, jelas ia akan menyebabkan keuntungan yg ia peroleh dr pakatan pembangkang akan berkurangan.
Pengakhirannya,
Bersatulah di bawah satu panji yg bersepakat dan bertoleransi antara satu sama yg lain. BArisan Nasional telah sekian lama mempatrikan Kontrak Sosial sebagai asas amalan memberi dan menerima. Janganlah sesekali kita gugat perpaduan dan kesefahaman yg sudah terjalin dr asas penerimaan kaum lain terhadap hak keistimewaan org melayu dan kuasa Raja serta pemberian hak kerakyatan kepada kaum asing pada suatu masa dahulu. Memang benar, mereka lahir di Tanah air kita yg tercinta ini, namun adakah mereka yg pada hari ini akan diperakui sebagai rakyat Malaysia jika asas Kontrak Sosial ini tidak dibina hasil drpd persetujuan pemimpin2 kita pada suatu masa dahulu.
Bersyukurlah kita kerana kita ini rakyat negara Malaysia yg tercinta. Janganlah kerana kita tidak bersetuju, kita tidak mahu menerima kebenaran. PEliharalah perpaduan yg semakin tergugat di negara kita yg tercinta ini.
Sekian, Assalamualaikum
Tulus ikhlas,
Azrul

No comments: