Monday, June 22, 2009

~Suatu Pandangan 2~

Salam Perpaduan, Ini adalah dua respon yg saya sempat lemparkan pada pada Anwaribrahimblog/the Malaysian insider hasil drpd pertnayaan drpd beberapa blogger. Untuk mendapat diskusi yg sebenar, sila lawati http://anwaribrahimblog.com/2009/06/15/laungan-nizar-menggegarkan-dewan-rakyat/.
Sekian.


Salam Perpaduan,
Moral mengajar kita, seseorang itu adalah bersalah setelah dia dibuktikan sebagai bersalah. Ia sejajar dengan syariat Islam yg mengangkat prinsip keadilan untuk semua ummah dan penghapusan fitnah dikalangan manusia. Sorotan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dipukul didalam lokap cuba dijadikan oleh saudara sebagai bukti ketidakadilan yg sedang berleluasa di tanah air kita yg tercinta ini. Namun, adilkah kita menggunakan bukti yg tidak jelas sedemikian untuk mengatakan seseorang pemimpin itu sebagai korup dan berkuasa mengatasi Perlembagaan. Tepuk dada, tanya selera. Prinsip keadilan ini mestilah dijunjung oleh semua org dan bukan hanya pemimpin sahaja perlu menjadi adil. Kita juga. Pabila kita ingin mengatakan seseorang atau sesuatu organisasi itu sebagi korup dan mengamalkan amalan rasuah, timbulkanlah persoalan pada diri kita, adakah kita dengan adil yakni kita meletakkan sesuatu pada tempatnya mengikut acuan Islam yg dgn jelas mensyariatkan seseoarang itu akan disabitkan sebagai bersalah apabila semua bukti yg dikemukakan adalah menjurus atau menzahirkan kesalahan tertuduh. Saudara, kita ambil sebagai contoh pembuktian bg kesalahan zina untuk membuktikan bahawa ISlam amat menitikberatkan pertuduhan dan pembuktian terhadap seseorang. Empat orang org saksi yg adil diperlukan dan keempat2 saksi tersebut mestilah tanpa ada sebarang kelainan dan keraguan dalam pembuktian mereka terhadap tertuduh. Mereka juga perlu melihat dgn jelas semasa perlakuan zina itu dilakukan barulah ia dikira sebagai kesalahan zina. Jika bukti mereka tidak kukuh atau ada sedikit khilaf, mungkin hukuman takzir disabitkan atau tertuduh akan dibebaskan. Mengapa Islam mengajar kita sedemikian? Ini kerana, Islam tidak mahu umatnya memfitnah org lain dan Islam juga tidak mahu org yg tidak bersalah dihukum. Islam mahu menginagtkan kita bahawa tiada apa yg terlepas dr pandanagn Allah dan mungkin benar tertuduh yg terlepas dr hukuman bersalah, namun, diakhirat nanti balasannya berlipat kali ganda. Jadi, mengapa saya membangkitkan hal di atas, ia merupakan reflek kepada komen saudara ttg penglibatan Dr Mahathir dlm perbagai kes melibatkan DSAI dan tuduhan melulu saudara terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya.
Saudara juga ada mempersoalkan langkah pemimpin dr Barisan Nasional yg menggunakan taktik menjanjikan pembanguna dan kesejahteraan hidup kepada pengundi semasa pilihanraya berlangsung. Izinkan saya bertanya, adakah itu salah dan adakah itu rasuah? Pada pendapat saya, wakil rakyat perlu bermenifesti kerna dgn menifestasi, pengundi dpt melihat semangat dan kesungguhan pemimpin tersebut untuk membela nasib rakyat. Ia bukan rasuah saudara, ia adalah visi dan misi seorang pemimpin terhadap rakyat. Saudara, mmg saya akui kenyataan saudara bahawa pemimpin dr Pakatan Rakyat terpaksa menagih simpati drpd rakyt jelata semasa pilihanraya. Semasa kempen pilihanraya, isu2 seperti Kes lebam mata Anwar, kes Lingam, Kes liwat Anwar, Tok Guru menangis, Kes Hindraf dan mcm2 lagi dimainkan sebagai satu sandiwara politik oleh pembangkang untuk mendapat simpati rakyat. Mereka tiada visi dan misi yg ingin meraka kecapi untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. Namun, semasa kempen pilihanraya juga, acapkali, isu2 yg tidak jelas yg boleh dikatakan sebagai fitnah contohnya tuduhan membunuh terhadap Perdana Menteri diwar2kan oleh beberapa pemimpin pembangkang untuk memnimbulkan persepsi negatif terhadap kepimpinan dikalangan rakyat. Perbuatan inilah yg menyebabkan fitnah berleluasa dan perpecahan kian tampak jelas. Seperti yg pernah saya katakan di kiriman yg lepas, jangan lah kerana fahaman politik kita yg melampau menyebabkan kita membenarkan apa yg tidak wajar dan menidakkan apa yg hak. InsyaAllah selagi kita berpegang teguh kepada ajaran ISlam, walau apapun perbezaan politik yg dianuti kita, kita tetap akan bersatu dan mewujudkan perpaduan.
Sekian, Assalamualaikum.
Tulus ikhlas,
Azrul


Salam Perpaduan,
Alhamdullillah, pelbagai respon drpd kalian telahpun saya terima. Dan yg plg penting, ada diantara kalian yg berhujah dgn menggunakan ilmu, menggunakan bahasa yg sopan dan tidak dipengaruhi dgn emosi. Tahniah, saya ucapkan.
Sebelum saya menjawab beberapa persoalan yg diajukan kalian, ingin saya perjelaskan disini, hujah saya bukanlah dibina hasil drpd pemerhatian saya terhadap satu pihak sahaja. Saya menjadikan medium media arus perdana(BHarian, MyStar, Bernama, TV3), media kerajaan(AgendaDaily,kpmu, Pemuda Umno, Umno Online,), media pembangkang(Suara keadilan, HarakahDaily, DAP malaysia) dan blog2( anwaribrahimblog, Tukartiub,Chedet,Razaleigh, Al-Bakistani(g-82), MyMassa, Meminpin Perpaduan, Lim Kit Siang) sebagai bahan bacaan dan rujukan khusus untuk mengukuhkan pandangan saya. Mungkin bagi kalian, saya perlu membaca lebih byk lagi, saya akur dan akan saya perdalam pengetahuan saya di masa depan.
Saudara2 sekalian,
menjawab persoalan yg diajukan oleh Saudara Wan Simunjan, bukanlah niat saya untuk mempergunakan ayat2 Al-Quran sebagai alat menghentam pembangkang. Tiada sekali2 pernah terddetik di jiwa saya untuk mneyokong kebatilan. Saudara mengajukan saya persoalan berkaitan Kes liwat Datuk Seri Anwar dan kaitannnya dgn Tun Dr Mahathir. Saudara, jika mahkamah telah memutuskan DSAI tidak bersalah, maka tidak bersalahlah beliau di dunia ini,namun, diakhirat nnt, hanya Allah S.W.T sahaja yg tahu. Org yg memfitnah beliau pasti akan menerima balasan yg setimpal. Jika benar Dr Mahathir yg memfitnah DSAI maka kumpulkanlah bukti yg kukuh dan laporkanlah kpd pihak polis. Jika tidak ada bukti untuk mengatakan bahawa Dr M terlibat dlm usaha untuk memfitnah DSAI, maka jgnlah sesekali kita menyebarkan persepsi negatif terhadap Dr M. Itu fitnah namanya. Berdiam dirilah dan biarlah Allah yg mengadili beliau di Akhirat nnt. Sedarlah bahawa hidup ini hanyalah satu ujian untuk melayakkan diri kita ke syurganya.
Saudari Miza,
maafkan saya jika pada pandangan saudari saya berlagak berilmu dan tidak layak untuk menyampaikan pendapat saya. Reflek yg saya kemukakan yakni "Hanya Al-Quran dan Hadis itulah yg boleh mengatakan sesuatu pandangan itu salah dan betul" adalah kerana adakalanya kita selalu mengatakan bahawa pandangan org lain itu sebagai salah sehingga sampai suatu tahap kita bergaduh dan berpecah belah hanya kerana perbezaan pandangan sedangkan pandangan itu hanyalah pandangan, tiada salah dan betul. Hanya Alquran dan hadis itu pemutus antara yg benar dgn yg batil. Saudari juga menyorot situasi di Perak. Saudari mencadangkan tiga wakil rakyat yg menjadi bebas supaya meletakkan jawatan. Saudari, wakil rakyat dipilih oleh rakyat dan hasil pilihanraya ke-12 memilih mereka untuk mewakili rakyat di kawasan mereka. Mengikut perundangan hanya SPR sahaja yg boleh mengistiharkan sesuatu kerusi DUN itu sebagai kosong dan Speaker Dewan tiada hak untuk memerintahkan SPR untuk membuat sesuatu kerana SPR adalah sebuah suruhanjaya yg bebas dan tidak dipengaruhi mana2 parti politik. Dan jgnlah kita selalu beranggapan buruk terhadap sesuatu yg kita tidak ketahui dgn dalam. Persepsi saudari bahawa, SPR adalah alat Parti pemerintah perlulah disertakan dgn bukti yg kukuh. Jika sekadar mendengar kisah drpd penglipurlara2 pembangkang, atau sekadar meneka kerana dipengaruhi fahaman politik yg melampau, maka seharusnya kita menghentikan penyebaran persepsi negatif itu kerana ia adalah fitnah. Jauhilah fitnah kerana ia akan memecahbelahkan perpaduan yg telah sedia ada di negara kita yg tercinta ini.
Saudara2 sekali,
Akhir sekali ingin saya perjelaskan, tujuan saya menulis komen ini bukanlah untuk menimbulkan pergaduhan atau pertengkaran, tetapi, ini adalah salah satu usaha dakwah yg mampu saya lakukan. Tiada sekali-kali saya berkemahuan, negara kita yg tercinta ini akan berkecamuk seperti mana yg terjadi di Iran dan Iraq. Jgnlah kerana fahaman politik kita yg melampau kita bergaduh sesama sendiri serta menyebabkan kita membenarkan apa yg tidak wajar dan menidakkan apa yg perlu. InsyaAllah.
Salam Perpaduan.
Tulus Ikhlas,
Azrul
P.S: Kpd anapas, saya berada di luar negara, jadi anda boleh menghubungi saya menggunakan email
lurzalkmaar@yahoo.com.

No comments: