Monday, June 22, 2009

~Suatu Pandangan 3~

Lurz AlkmaarJun 21st, 2009 at 9:13 am
"Khilaf antara umat itu rahmat"
Salam Perpaduan,
Syukur Alhamdullillah, sehari demi sehari, cara kita menyampaikan pandangan menunjukkan perubahan yg baik dan jelas ia juga menunjukkan bahawa pandangan kita sebagai rakyat yg peduli tentang jatuh bangunnya negara kita yg tercinta ini bukanlah dibina dr emosi yg tidak terkawal dan perasaan taksub dan radikal terhadap sesuatu fahaman politik. Jika kita imbas kembali, komen2 dan pandangan2 yg dilemparkan oleh beberapa pembaca blog sebelum ini, jelas ia amat memalukan kerna caci maki dan penghinaan serta fitnah dijadikan asas dlm membina sewsuatu hujah. Tahniah.
Terima kasih diatas perhatian dr saudara Wan Simunjan dimana beliau amat khuatir sekali saya akan terjebak kearah kemunafikkan kerana pandangan2 saya pada pemerhatian beliau terlalu bermuka2 dan berlidah bercabang. Saudara juga menyarankan supaya tindakan saya berada di landasan yg selari dgn niat saya. Saudara, tidaklah saya ingin katakan yg diri ini tidak terlepas dr kemunafikkan. Namun, setiap kali selepas menunaikan solat, kdg2 saya menangis mengharapkan bantuan dr Sang Pencipta supaya saya dijauhkan dr kemunafikkan. Maafkan saya jika pandangan yg lontarkan menyebabkan saudara berfikir sedemikian. Sering kali, saya akan bermuhasabah diri dahulu sebelum saya menulis pandangan saya ke blog ini. InsyaAllah selagi saya menyandarkan diri ini kepada Redha Allah, saya akan dijauhkan dr kemunafikkan.
Saudara Wan,
Saudara juga ada menyatakan bahawa sokongan terhadap pemerintah yg pada persepsi saudara tidak adil dan zalim terhadap rakyat akan menyebabkan perpaduan yg sedia ada di Malaysia ini akan musnah. Tetapi, fikirkan sejenak, siapakah yg sebenarnya memusnahkan perpaduan yg telah terjalin sekian lama antara kaum2 di Malaysia. Siapakah yg membawa isu kaum dan cuba menjadi "Jagoh" dlm kononnya memperjuangkan hak kaum lain sehingga menyebabkan penerimaan terhadap hak keistimewaan org melayu dan pemberian hak kerakyatan kpd kaum asing yg sekian lama telah menjadi tulang belakang terhadap pembentukan jati diri Bangsa Malaysia dipersoalkan dan digugat sebegitu sekali?
Sejak bilakah perpaduan menjadi suatu masalah besar kepada negara? Adakakh kerajaan pemerintah negara ini mengabaikan soal perpaduan samaada dikalangan org Melayu dan dikalangan Bangsa Malaysia? Jelas, penubuhan kementerian, kewujudan kerajaan perpaduan Barisan Nasional yg terdiri drpd parti komponen yg berbagai kaum, perayaan Hari Terbuka untuk sesuatu perayaan, mewakilkan wakil rakyat yg merupakan kaum minoriti di sesebuah kawasan, dan pelbagai lagi langkah yg diusahakan kerajaan khas untuk mewujudkan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia. Namun, siapakah yg merosakkannya dgn menimbulkan persepsi negatif yakni fitnah terhadap kerajaan. Kdg2 saya merasa kasihan, bagaimana perasaan kakitangan2 kerajaan yg berkhidmat dgn jujur dan ikhlas dgn sesebuah institusi kerajaan yg dituduh pembangkang sebagai korup dan mengamalkan rasuah? Disebabkan itulah, saya sering menyeru diri sendiri dan saudara2 sekalian supaya mengelakkan fitnah dan hanya membuat sesuatu tuduhan terhadap seseorang atau sesebuah institusi kerajaan setelah kita mempunyai bukti yg kukuh. Pernahkah saudara membaca pandangan2 saya di atas yg mengutuk peribadi secara spesifik seseorang itu. Tidak, kerana Alhamdullilllah saya masih lagi berada dilandasan yg selari dgn niat setiap apa yg saya utarakan dlm setiap pandangan yg saya lemparkan.
Kepada Saudara Azmi,
Salam perpaduan saya ucapkan khas untuk saudara kerana saya yakin saudara menyampaikan pandangan saudara di atas atas dasar keprihatinan terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia khusunya yg berada dikwsn yg kurg membangun. Menjanjikan kesejahteraan dan pembangunan kepada rakyat semasa kempen pilihanraya adalah tidak bermoral mengikut pandangan saudara. Namun begitu, ambillah seminit drpd masa yg diberikan Tuhan kepada saudara, renung2kan, tidak adakah pembangunan yg dijalankan atau diwar2kan kerajaan selepas pilihanraya? Saya tidak menolak adanya manifesto dr pihak kerajaan semasa pilihanraya yg masih belum ditunaikan. Saya tidak ada faktanya tetapi jika saudara ada faktanya, kemukakanlah fakta tersebut kepada pemerintah atau wakil2 rakyat yg berkhidmat di sesuatu tempat supaya mereka waspada akan janji2 mereka semasa pilihanraya. Kita perlu sedar, bahawa manusia ini dibelenggu dgn sifat pelupa. Jadi, kita sebagai org yg sedar perlulah menunaikan tnggungjawab yakni mengingatkan mereka.Gunakanlah saluran yg betul untuk mengingatkan mereka, bukannya dgn merusuh atau mewujudkan persepsi negatif terhadap mereka. Tiadalah saya bersetuju bahawa menjanjikan pembangunan adalah tidak bermoral kerana ia adalah visi dan misi sebagai seorang pejuang rakyat. Namun begitu, saya tidak sama sekali bersetuju dgn tindakan sesetengah pemimpin yg sering mengekploitasi(mengambil untung) kesusahan rakyat untuk kepentingan politik. Kita sering lihat, sesetengah pemimpin mengunakan isu contohnya kenaikan harga minyak yg berlaku seantero dunia sebagai alat untuk menagih simpati rakyat. Namun kini, harga minyak sudah pulih, adakah ia menjadi isu lagi. Tidak sama sekali.
Pengakhirannya,
Tiada terdetik di hati ini untuk menyokong kebatilan. Namun, atas daya fikiran yg dikurniakan Allah S.W.T untuk menilai yg mana hak dan yg batil, saya cuba untuk menilai dan menyampaikan pandangan saya dgn asas ilmu dan pengharapan terhadap keredhaan Allah. Peliharalah perpaduan yg kian tergugat di negara kita yg tercinta ini. Janganlah kerana pegangan politik kit yg terlalu ektrem menyebabkan kita membenarkan apa yg tidak wajar dan menidakkan apa yg perlu. InsyaAllah
Salam Perpaduan, Assalamualaikum
Tulus ikhlas,
Azrul

No comments: